fbpx
Now Reading
Baru Selesai Bayar Ikat Jamin RM20,000 & Dibebaskan, Siti Nuramira Kini Ditahan JAWI Pula

Baru Selesai Bayar Ikat Jamin RM20,000 & Dibebaskan, Siti Nuramira Kini Ditahan JAWI Pula

Siti Nuramira atau Amy ditahan penguatkuasa JAWI sebaik dia selesai menandatangani Borang Jamin di Kaunter Bayaran Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai beberapa jam dibebaskan, wanita tular yang didakwa menghina Islam, Siti Nuramira Abdulah dilaporkan telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pula.

Menurut laporan Berita Harian, Siti Nuramira yang lebih dikenali dengan panggilan Amy ditahan penguat kuasa JAWI sebaik dia yang ditemani pegam, Ramesh Chandran selesai menandatangani Borang Jamin di Kaunter Bayaran Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi Selasa (19 Julai).

Mungkin didakwa di Mahkamah Syariah KL esok atau lusa

Menurut peguam yang mewakili Amy iaitu R Sivaraj, anak guamnya itu akan didakwa di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

“Nuramira ditahan sepasukan pegawai JAWI dan difahamkan dia akan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada esok atau lusa,” katanya kepada media.

Dituduh bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 559)

Jika berpandukan prosedur, dia akan ditahan oleh penguatkuasaan JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen ini melibatkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Isnin 18 Julai, Amy dan teman lelakinya, Alexander Navin, 38, baru sahaja selesai membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 hasil dari kutipan sumbangan orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.