fbpx
Now Reading
Nak Ke Pahang? Jom Lawati Tempat-Tempat Menarik Ini
Tempat yang patut diterokai di Pahang

Nak Ke Pahang? Jom Lawati Tempat-Tempat Menarik Ini

Asal pergi Pahang sahaja mesti akan ke Cameron Highland atau Genting Highland, sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang patut anda lawati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebut sahaja destinasi pelancongan ke Pahang, pasti ada yang sudah terbayangkan pusat peranginan di Genting Highlands dan Cameron Highland.

Sebenarnya selain dua tempat ini, ada banyak lagi tempat menarik di Pahang yang anda perlu terokai dan semuanya mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Keunikan pelancongan di Pahang ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai Ikhwan yang mahukan anda semua merasai tempat-tempat yang menarik ada di negeri tersebut.

Antara tempat menarik untuk anda kunjungi adalah:

#1 Taman Negara, Kuala Tahan

Foto: FB Taman Negara Pahang

Tahukah anda negeri Pahang mempunyai hutan simpan antara yang tertua di dunia? Yang dianggarkan berusia 130 juta tahun yang terletak di Taman Negara di Kuala Tahan.

Jika anda seorang yang sukakan sesuatu yang lasak dan menghirup udara semula jadi, Taman Negara Pahang adalah destinasi yang sesuai untuk anda lawati.

#2 Kuantan

Foto: Kuantan (IG @hangdhamin)

Di Kuantan pula anda boleh menuju ke Sg. Lembing di mana di sana mempunyai tempat lombong biji timah yang terpanjang di dunia.

Sampai di Sungai Lembing jangan lupa untuk merasai pengalaman di beberapa resort yang menarik seperti The Time Capsule dan T-Box. Di sini bolehlah anda melihat suasana matahari terbit di waktu pagi di Bukit Panorama.

Selain itu, anda juga boleh mengambil pemandu pelancong untuk ke Air Terjun Pelangi, serta jangan lupa untuk rasa Tau Fu Fah yang terbaik di Kuantan.

Kuantan juga menawarkan pelbagai jenis makanan dari Pantai Timur di mana anda boleh mencuba Nasi Kerabu Kemira, Pais Ikan Patin atau Gulai Tempoyak di Jaman Tory.

Untuk sarapan pagi, jika mahukan makanan seperti Nasi Dagang, Nasi Minyak, Laksam serta Pulut Nyior (kelapa) anda boleh ke Tanjung Lumpur. Untuk minuman petang pula, mungkin anda boleh ke Beserah.

Untuk maklumat anda, Kuantan juga terkenal dengan kafe-kafe yang menarik dan ini sesuai untuk mereka yang sukakan ‘food hunting’ dan kopi. Terdapat beberapa kedai kopi yang boleh anda lawati seperti Tjantek, Kuantan Pickers, Muka, Kopi & Teh, Watak Kopi serta banyak lagi.

#3 Rompin

Foto: IG Tourism Pahang

Sekiranya anda seorang yang sukakan aktiviti memancing, Rompin adalah destinasi yang tepat untuk si pemancing dan anda boleh menikmati pengalaman bermalam di Rumah Rakit.

Lebih menarik lagi, jika anda peminat udang galah di sini adalah tempat terbaik untuk mendapatkan udang yang segar dan pasti tidak akan mengecewakan anda.

Malah Rompin juga mempunyai pantai terbaik di Pahang serta sangat bersih.

Apabila sudah sampai di Rompin, jangan lepaskan peluang untuk merancang perjalanan anda ke Taman Laut Pulau Tioman di mana anda dapat melihat laut yang sangat cantik. Di sini anda boleh bermalam di beberapa kawasan seperti Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Juara atau di Kampung Mukut dan melihat bukit dua tanduk.


#4 Pekan

Foto: Twitter

Ingin kembali ke masa yang belum banyak pembangunan seperti dahulu kala? Anda boleh berkunjung ke Pekan yang terletak lebih kurang 30 minit dari pusat bandar Kuantan.

Bagi mereka yang sukakan sejarah. Pekan adalalah destinasi #mustgo kerana terdapat banyak kuburan purba seperti Makam Chondong kerabat diraja dari Acheh, Indonesia yang telah dikebumikan di sini.

#5 Cherating

Foto: Twitter

Cherating merupakan satu kawasan pantai yang sangat cantik dan anda boleh menginap di Royale Chulan atau The Kasturi di mana mereka mempunyai pemandangan yang ekslusif iaitu Laut China Selatan.

Selain itu, anda juga boleh memilih mana-mana tempat penginapan yang berada di tepi pantai serta menaiki cruise yang akan membawa anda menyusuri Sungai Bakau Cherating dan melihat kelip-kelip pada waktu malam.

#6 Kuala Gandah

Foto: IG Tourism Pahang


Jika anda mahukan percutian yang mendekati alam semula jadi dan melihat haiwan, berkunjunglah ke Kuala Gandah yang mempunyai Pusat Konservasi Gajah.

Anda berpeluang untuk memandikan gajah serta memberi mereka makan, dan jika memandu sedikit hingga ke Kota Gelanggi di Jerantut anda dapat menerokai pelbagai gua-gua yang cantik.

#7 Bukit Fraser atau Bukit Tinggi

Foto: IG Tourism Pahang

Selain Cameron Highland dan Genting Highland jika anda ingin merasai cuaca yang sejuk dan nyaman Bukit Fraser adalah antara destinasi yang patut anda tujui.

Namun sedikit berbeza dengan Cameron Highland di sini mereka tidak mempunyai buah-buahan segar seperti Strawberry yang ada di Cameron.

#8 Air Terjun

Foto: Twitter

Selain laut dan bandar, Pahang juga terkenal dengan keindahan air terjunnya yang sangat cantik.

Jika anda mahukan suasana yang tenang dan jauh dari kebisingan kota anda boleh melawat beberapa air terjun yang ada di Pahang seperti Air Terjun Jerangkang, Air Terjun Sungai Pandan, Air Terjun Lata Hammer atau Air Terjun Padang Batu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.