fbpx
Now Reading
Isteri Terima Ugutan Bunuh, Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Buat Laporan Polis

Isteri Terima Ugutan Bunuh, Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Buat Laporan Polis

Difahamkan Rizal membuat laporan tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada Selasa, jam 5 petang kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri Terima Ugutan Bunuh, Pengasas Crackhouse Rizal Van Geyzel Buat Laporan Polis


Pengasas bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel dilaporkan telah membuat satu laporan polis selepas keluarganya menerima ugutan bunuh dipercayai ada kaitan dengan kontroversi yang melandanya baru-baru ini.

Menurut laporan The Vibes, Rizal yang sudah menerima beberapa uguan sebelum ini nekad membuat laporan tersebut selepas isterinya menerima satu ugutan bunuh di telefon bimbitnya sekitar jam 4 pagi, Selasa (19 Julai).

“Saya telah menerima banyak ugutan sebelum ini – kata-kata makian, hinaan secara lisan dan lain-lain sehingga saya terpaksa menukar nombor telefon bimbit saya, tetapi ini merupakan kali pertama ianya ditujukan kepada keluarga saya.

“Satu ugutan bunuh juga telah diterima sebelum ini tetapi kami tidak membuat laporan polis memandangkan kes itu masih berjalan,” kata Rizal kepada The Vibes.

Percaya ini hanya permulaan

Tambah Rizal lagi, ugutan-ugutan lain yang diterima termasuk kelakuan tidak senonoh membuatkan dia percaya, “Ini hanyalah permulaan”.

Difahamkan Rizal membuat laporan tersebut di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada Selasa, jam 5 petang kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarganya.

Dia bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai ugutan berkenaan kerana kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu, media melaporkan Crackhouse telah diconteng serta disimbah cat berwarna hitam dan merah oleh dua individu tidak dikenali pada pagi Selasa.

Bukan sekadar di dalam premis, pintu masuk kelab berkenaan turut dipenuhi kesan simbahan cat hingga mengenai sebuah bank yang terletak bersebelahan kelab komedi terbabit.

Baca artikel berkaitan : Crackhouse Comedy Club ‘Diserang’, Penuh Dengan Contengan & Simbahan Cat

Foto : The VIbes

Polis buru dua individu naik Proton Waja

Sehubungan itu polis kini sedang sedang mengesan dua individu terlibat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, semakan pada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki itu menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja.

Mereka di dalam rakaman turut dilihat membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club pada Selasa pagi sekitar jam 4.15 hingga 5.09.

Tambah beliau, rakaman CCTV yang diperolehi akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mendapatkan analisa pakar dan kes di siasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.