fbpx
Now Reading
Lelaki Dikecam Orang Ramai Selepas Mengaku Mampu Tambah Isteri Dengan Gaji RM1500 [Video]
lelaki mampu tambah isteri sorang lagi dengan gaji rm1500

Lelaki Dikecam Orang Ramai Selepas Mengaku Mampu Tambah Isteri Dengan Gaji RM1500 [Video]

Lelaki itu turut memaklumkan dia telah memberi wang bernilai RM50 setiap bulan kepada isterinya untuk membolehkannya membeli apa-apa barang kecantikan yang dimahukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah tentang masalah rumah tangga seperti pasangan sudah bosan sering kali kita dengar.

Malah, isu ini juga menjadi alasan bagi seseorang itu untuk mencari orang lain di luar sana dengan mengatakan mereka tidak lagi berminat dengan pasangan sendiri. Keadaan ini boleh berlaku baik di kalangan para suami mahupun golongan isteri.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang penasihat keluarga, Dhalia Shah iaitu mengenai seorang suami yang bosan dengan isterinya selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

@dhaliashah

Semoga kalian dijodohkan dengan suami yang faham akan tanggungjawab dlm rumahtangga dan sedar diri 😇 #fyp #rumahtangga #perkahwinan #fypシ #kisahviral

♬ Finger Dance TikTok – غزلان

Bahagia semasa tahun pertama, jadi bosan kerana isteri tak pandai melawa

Dalam video tersebut, lelaki itu menyatakan hubungan dia dan isteri sangat bahagia pada tahun pertama perkahwinan. Ia bagaimanapun mula berubah apabila masuk pada tahun kedua.

Jelasnya, dirinya menjadi bosan selepas isterinya itu melahirkan anak pertama mereka dan menyifatkan wanita itu tidak pandai menjaga badan dan kecantikan diri sedangkan wang diberikan pada setiap bulan.

Bagi isteri RM50 setiap bulan

“Aku tengok dia takda langsung nak jaga badan, jaga kecantikan sedangkan setiap bulan aku bagi duit RM50 dekat dia.

“Boleh je kalau nak beli apa-apa untuk melawa,” kata lelaki itu.

Apa yang lebih menyakitkan apabila lelaki itu turut memaklumkan bahawa dia cepat melenting dan marah sehingga timbul rasa untuk mencari seorang lagi isteri.

Gaji RM1500 mampu je kahwin seorang lagi

“Kadang-kadang aku ada fikir nak cari sorang lagi, aku rasa aku mampu. Gaji basic aku tambah OT (Over Time) dalam RM1500 macam tu.

“Jadi takde masalah nak tambah sorang lagi,” luah lelaki itu lagi.

Perkongsian video itu bagaimanapun telah mengundang rasa marah orang ramai apabila rata-ratanya menyatakan wang elaun sebanyak RM50 itu tidak cukup untuk membeli barang kecantikan.

Malah ada juga yang berdoa dijauhkan daripada mempunyai suami seperti lelaki itu.

‘Celah mana cukupnya tu? rasa nak marah pula’

‘Ingat bagi RM50k sebulan’

‘Dia fikir RM50 sekarang macam RM50 dulu ke?’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.