fbpx
Now Reading
Perodua Lancar Alza 2022, Harga Bermula Dari RM62,500

Perodua Lancar Alza 2022, Harga Bermula Dari RM62,500

Sejak dibuka kepada orang ramai pada 23 Jun lalu, Alza Serba Baharu ini telah menerima 30,000 tempahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah beberapa bulan menanti, Perodua akhirnya secara rasmi melancarkan model yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Alza generasi ke-2 pada Rabu, 20 Julai.

Yang menariknya, Perodua Alza Serba Baharu ini sudah menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahan kepada orang ramai pada 23 Jun 2022 lalu sekalgis mejadi rekod tempahan tertinggi dalam sejarah jenama tersebut.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya para pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang akan tamat tempoh pada 30 Jun 2022 ini.

“Daripada lebih 200,000 tempahan yang kami terima buat masa ini, hampir 15% adalah model Perodua Alza serba baharu ini,” kata beliau.

Majlis pelancaran rasmi Perodua Alza serba baharu ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Soichiro Okudaira.

Tambah beliau lagi, faktor lain yang turut membantu jumlah tempahan adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu.

Ini termasuklah ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti 6 beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.

Buat anda yang tidak tahu, Perodua Alza serba baharu ini dibangunkan bersama di bawah Arkitertur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co. di Jepun.

Harga Perodua Alza 2022

Perodua Alza serba baharu yang tampil dengan tiga varian berbeza ini akan dijual pada harga bermula dari RM62,500 hingga RM 72,600.

Tempah sebelum 30 Jun 2022 akan terima harga lebih rendah

Tambah Perodua lagi, mereka yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan.

Dibangunkan menerusi platform Daihatsu New Generation Architecture (DNGA), Perodua Alza Serba Baharu ini menawarkan banyak kelebihan antaranya ruang kabin yang lebih luas, pemanduan yang lebih baik serta ‘ground clearance’ lebih tinggi sebanyak 160 mm.

MPV 7-seater ini mempunyai pilihan enjin tunggal iaitu enjin 2NR-VE 1.5-liter empat silinder Dual VVTi yang menjana 105 hp pada 6,000 rpm dan 138 Nm pada 4,200 rpm.

Dengan transmisi jenis D-CVT, MPV ini dikatakan mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api sekitar 22 kilometer seliter (km/l).

Sebagai tambahan, tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Power disertakan pada varian AV untuk memberikan prestasi pemanduan yang lebih memuaskan.

Hiasan dan ciri menarik

Perodua Alza 2022 ini akan ditawarkan dengan lima wanita pilihan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, serta dua warna baharu iaitu Elegant Black dan Vintage Brown.

Dari segi hiasan pula, ia akan dilengkapi rim bersaiz 15 inci untuk varian X manakala 16 inci untuk varianH dan AV.

a

Antara penambahbaikan ketara yang dibawa oleh model serba baharu ini adalah dari aspek keselamatan, di mana semua varian kini didatangkan standard dengan ciri Advanced Safety Assist (ASA) terkini yang merangkumi :

1. Pre-collision Warning,
2. Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki),
3. Mis-pedal Operational Control
4. Front Departure Alert.

Selain itu, ia turut menawarkan ciri bantuan pemanduan lain seperti Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Hill Start Assist, Adaptive Cruise Control, Lane Keep Control dan Blind Spot Monitor.

Ciri-ciri keselamatan lain yang ada termasuk enam beg udara, brek cakera belakang, ABS dengan EBD, serta Vehicle Stability Control dengan Brake Assis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.