Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang wanita di Australia harus membayar sejumlah wang denda hanya kerana kegagalannya mengisytihar separuh sandwic Subway yang sudah dimakannya yang sebelum ini dibeli di Singapura.
Difahamkan Jessica Lee dikenakan denda itu di lapangan terbang di Australia kerana perbuatannya telah melanggar undang-undang biosekuriti di negara tersebut.
Kesilapan kecil tapi didenda sebanyak AUD2,664
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, Jessica memberitahu dia perlu membayar denda sebanyak AUD2,664 (RM8,175) hanya kerana sandwic tersebut dibelinya di Singapura.
Katanya, dia membeli sandwich berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi kerana lapar selepas mengharungi perjalanan selama 11 jam.
“Saya sudah makan separuh daripada sandwic itu dan menyimpan bakinya untuk penerbangan pulang,” katanya.
Namun, dia tidak menyedari keperluan mengisytihar makanan tersebut apabila tiba di Australia.
Tambah Jessica Lee, dia perlu membayar denda bagi kesalahan tersebut di dalam tempoh 28 hari sedangkan dia tidak lagi bekerja dan perlu membayar sewa.
Jabatan Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia akan mengenakan denda kepada pelancong seandainya gagal mengisytihar atau membuat pengisytiharan palsu mengenai barangan larangan di bawah Akta Biosekuriti.
Bekalan Subway Setahun
Prihatin dan simpati dengan nasib wanita itu, Subway kemudiannya memberikan sekotak hadiah termasuk baucar makanan Subway yang bernilai AUD2,664.