fbpx
Now Reading
“Individu Hina Agama Islam, Haram Disembahyang & Dikebumi Cara Islam” – Ustaz Azhar Idrus
Haram sembahyang dan kebumi individu hina Islam

“Individu Hina Agama Islam, Haram Disembahyang & Dikebumi Cara Islam” – Ustaz Azhar Idrus

Jelas penceramah itu, jenazah itu bukan sahaja tidak boleh disembahyangkan malah tidak boleh dikebumikan mengikut agama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial apabila terdapat beberapa individu yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak selesa di kalangan masyarakat di negara ini.

Malah apa yang lebih mengecewakan, rata-rata individu yang berbuat demikian adalah penganut agama Islam sendiri.

Ekoran itu, penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus, memaklumkan jenazah individu yang telah menghina agama Islam adalah haram untuk disembahyangkan mengikut agama Islam.

Beliau menerusi satu video ceramah berkata, fatwa ahli sunnah wal jamaah menekankan individu terlibat (menghina Islam) telah diisytiharkan kafir murtad meskipun dia mengaku dia seorang Muslim.

Haram untuk sembahyangkan & kebumi jenazah

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” jelas Ustaz Azhar Idrus.

Tegas beliau lagi, individu yang beragama Islam tetapi melakukan perbuatan seperti maki dan menghina Islam, hina nabi, hina al-Quran secara jelasnya adalah murtad dan kafir.

Orang Islam yang menyokong orang kafir menentang perjuangan Islam adalah munafik

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” kata penceramah itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.