fbpx
Now Reading
“Jika Melihat Tanda Harga Semasa Membeli-Belah, Anda Seorang Yang Miskin” – Jurujual
Individu yang melihat tanda harga ketika membeli belaha adalah orang miskin

“Jika Melihat Tanda Harga Semasa Membeli-Belah, Anda Seorang Yang Miskin” – Jurujual

Jelas jurujual itu, individu yang melihat tanda harga kebiasaanya akan membuang masanya kerana mereka tidak akan membeli barang tersebut selepas melihat kepada tanda harganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti membeli-belah adalah satu perkara yang digemari oleh orang ramai tidak kiralah golongan perempuan mahupun lelaki.

Namun, kebiasaanya kita pasti akan berpegang kepada konsep ‘mengukur baju di badan sendiri’ dengan membeli barangan mengikut kemampuan sendiri.

Justeru, ramai daripada kita yang pasti akan menyelak tanda harga dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan tersebut.

Yelah, walaupun dah berkenan di hati tapi kalau ‘fulusnya’ tidak mencukupi pasti kita akan membatalkan niat itu.

Apatah lagi ketika melangkah masuk ke dalam butik-butik barangan mewah.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Facebook di sebuah negara di Asia Timur telah memuat naik satu hantaran di Facebook berkenaan pandangannya berkenaan orang yang masuk ke dalam kedai barangan mewah.

Lihat tanda harga pada barang, anda tak mampu

Menerusi laporan World Of Buzz, pengguna tersebut yang merupakan seorang jurujual berpendapat pelanggan melihat tanda harga ketika membeli-belah, kebiasaaanya tidak berkemampuan.

Jelasnya, dia juga tidak akan membuang masanya jika mempunyai pelanggan yang melakukan perkara tersebut.

“Jika awak melihat pada tanda harga, awak mungkin seorang yang miskin.

“Saya tidak akan membuang masa kepada pelanggan yang begitu,” kata pengguna itu.

Selalunya tak beli lepas tengok tanda harga

Menurutnya, kebiasaannya tidak akan membeli barangan tersebut selepas melihat kepada tanda harga yang dipamerkan.

“Saya sudah bekerja sebagai seorang jurujual selama tujuh ke lapan tahun, dan kebiasaanya mereka yang melihat kepada tanda harga tidak akan membeli barang itu.

Dijerit pengurus jangan buang masa dengan pelanggan yang tengok tanda harga

“Pernah suatu ketika, semasa saya sedang melayan pelanggan, pengurus saya telah menjerit kepada saya menerusi ‘earphone’ dan beritahu pada saya untuk tidak membuang masa dengan pelanggan seperti itu.

“Kerana akhirnya nanti, pelanggan itu hanya akan menyentuh barang tersebut dan keluar dari kedai,” katanya lagi.

Ramai terkejut dengan pengakuan jurujual itu

Foto: Pexels

Hantaran tersebut bagaimanapun telah membuatkan orang ramai terkejut kerana ia kelihatan seperti jurujual itu memandang rendah kepada pelanggan yang melakukan perkara tersebut, sehingga meninggalkan beberapa reaksi di ruangan komen seperti:

“Saya rasa dia hanya berkata begitu kerana dia masih lagi seorang jurujual. Seseorang yang mengetahui lebih sudah menjadi seorang isteri orang,” komen seorang pengguna.

Foto: Via WOB

“Saya tidak akan pernah melihat kepada tanda harga, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya,” kata seorang lagi pengguna.

Suka selak tanda malah tanda arahan juga diselak

“Apa? Saya tak rasa awak sepatutnya berpandangan begitu! Saya seorang yang suka menyelak pada sesuatu tanda malah saya juga akan menyelak tanda arahan yang ada,” komen pengguna lain.

Foto: Via WOB

“Saya juga tidak akan membuang masa kepada jurujual yang memandang rendah kepada orang lain,” jelasnya di dalam komen.

“Saya tidak mempunyai wang, jadi tolong jangan buang masa anda untuk saya dan biarkan saya membeli-belah dengan cara sendiri,” kata seorang lagi pengguna di dalam komen.

Orang ramai dinasihatkan jangan ambil hati

Sebagai pengguna media sosial, adakalanya kita akan terjumpa dengan pelbagai jenis pengakuan di Facebook. Malah segelintir dari pengakuan itu ada yang serius, lucu dan ada masanya seperti tidak masuk akal.

Memandangkan ia adalah satu hantaran yang tidak mempunyai identiti kepada sesiapa, kami ingin mengingatkan anda semua untuk tidak mengambil hati dengan apa yang diluahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.