fbpx
Now Reading
Kanak-Kanak Perempuan Di Mexico Cemas Rambut Ditarik Monyet Di Zoo [Video]
Kanak-kanak kena tarik rambut dengan monyet di zoo

Kanak-Kanak Perempuan Di Mexico Cemas Rambut Ditarik Monyet Di Zoo [Video]

Monyet berkenaan yang rasa terganggu telah bertindak dengan menarik rambut kanak-kanak tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak perempuan di Mexico berdepan detik cemas apabila rambutnya ditarik oleh seekor monyet ketika melawat sebuah zoo di sana.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, budak perempuan tersebut pada awalnya dilihat mengetuk sangkar haiwan itu beberapa kali sambil memegang telefon pintarnya.

Mungkin terganggu dengan perbuatan tersebut, monyet berkenaan kemudian menarik rambut budak perempuan yang berusia sekitar 12 tahun itu.

Rambut ditarik dua kali

Menerusi video sama, dapat dilihat rambutnya ditarik dengan kuat oleh monyet berkenaan sebanyak dua kali.

Kanak-kanak itu bagaimanapun berjaya melepaskan dirinya daripada terus ditarik oleh haiwan berkenaan.

Monyet jenis labah-labah, pakar nasihat jangan ganggu haiwan dalam kurungan

Orang ramai yang menonton video berkenaan mendakwa haiwan yang menarik rambut kanak-kanak itu kelihatan seperti monyet jenis labah-labah yang berasal dari negara Mexico dan Brazil.

Meskipun insiden tersebut dilihat melucukan buat segelintir pengguna media sosial, pakar-pakar kebajikan haiwan menasihati orang ramai agar tidak mengganggu haiwan yang berada dalam kurungan.

Ini kerana haiwan yang dikurung selalunya berasa amat tertekan disebabkan mereka berada di habitat yang berbeza daripada tempat asalnya.

Walau bagaimanapun, kami merasakan insiden ini bukanlah sesuatu yang melucukan kerana ia boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.