fbpx
Now Reading
Dirakam & Dipaksa Buat Seks Dengan Kucing, Budak Lelaki 11 Tahun Meninggal Dunia Akibat Tertekan

Dirakam & Dipaksa Buat Seks Dengan Kucing, Budak Lelaki 11 Tahun Meninggal Dunia Akibat Tertekan

Kanak-kanak malang itu turut dikatakan menjadi mangsa pukul oleh rakan-rakannya ketika sedang bermain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang budak lelaki meninggal dunia akibat terlalu tertekan dan malu apabila rakannya memaksa untuk ‘menyetubuhi’ kucing di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak malang berusia 11 tahun itu meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di sebuah hospital selepas dia ditemui dalam keadaan lemah akibat tidak makan dan minum selama beberapa hari.

Rakam dan sebarkan video mangsa

Lebih mendukacitakan, perbuatannya itu turut dirakam dan disebarkan oleh si rakan tersebut hingga menganggu emosinya.

Kanak-kanak malang itu turut dilaporkan menjadi mangsa buli kepada rakan-rakannya pada setiap kali mereka bermain bersama.

Ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya itu menjadi trauma dan malu selepas mengetahui video perbuatannya itu ditonton masyarakat.

Dipaksa menyetubuhi kucing dan sering dipukul

“Sebelum dipaksa ‘menyetubuhi’ kucing, anak saya mengakui sering dipukul rakannya. Selepas kejadian, keluarga pembuli terbabit datang ke rumah untuk memohon maaf.”

Ibu mangsa

Ahli keluarga mangsa yang kecewa dengan tindakan itu bagaimanapun sudah memaafkan suspek selain berharap agar kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Pihak berkuasa mahu ambik tindakan undang-undang

Sementara itu, Ketua Bahagian Perlindungan Kanak-Kanak, Ato Rinanto berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap suspek (pembuli) yang menjadi penyebab kematian mangsa.

Menurutnya, pihak Perlindungan Kanak-Kanak akan bekerjasama dengan polis Tasikmalaya untuk bertemu dengan keluarga mangsa bagi memberikan khidmat kaunseling.

Kata Rinanto, tindakan undang-undang akan diambil kepada suspek agar kejadian sebegini tidak lagi berulang dalam kalangan kanak-kanak.

“Perbuatan ini tidak senonoh dan lebih teruk lagi video berkenaan disebarkan dan menjadi bahan perbincangan masyarakat setempat.

“Keterangan keluarga mangsa juga sudah diambil dan mereka turut mengesahkan mangsa mengalami tekanan perasaan akibat kejadian berkenaan,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.