Kurang Garang Tapi Lebih Macho, Honda Dedah Reka Bentuk Civic Type R 2023 Yang Bakal Dilancarkan.
Civic Type R 2023 turut hadir dengan enjin 2.0-liter VTEC TURBO, transmisi manual baharu dan sistem ‘rev-matching‘ yang mampu beri pengalaman menarik buat pemandu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setelah sekian lama desas desus mengenai penampilan baru Honda Civic Type R 2023 (CTR) hangat diperkatakan, akhirnya segala tanda tanya terungkai apabila Honda mendedahkan penampilan baharu kereta itu kepada dunia.
CTR 2023 serba baharu ini mempunyai penampilan yang lebih macho dan matang, walau kurang agresif berbanding model sebelumnya.
Model CTR 2023 ini didatangkan dengan bumper hadapannya yang direka bentuk semula menampilkan salur masuk udara yang lebih terdedah bagi menggalakkan penyejukan di bahagian enjin serta radiator yang sudah dinaik taraf.
Selain itu, fender hadapan menggunakan saluran keluar udara yang lebih teratur, selain pintu belakang yang telah dilebarkan untuk dipadankan dengan pendirian yang lebih sporty dan lebih rendah, disertai dengan skirt dibahagian sisi.
Bagi bahagian belakang pula, terdapat bumper baharu dengan alur keluar sudut (corner outlets) yang dilengkapi bersama ‘difusser’ belakang.
Tiada lagi lampu ketam
Honda juga berusaha menambah baik sistem paip ekzos agar penampilannya lebih menyerlah selain modulasi bunyi yang dipertingkatkan.
Sentuhan penamat menjadi sayap belakang yang menonjol juga membentuk sebahagian daripada pakej aerodinamik. Ini bermakna tiada lagi lampu belakang ketam.
Penampilan warna serba baharu dan Interior dalaman
Warna luaran yang tersedia termasuk Championship White yang ikonik, bersama Rallye Red, serta Racing Blue, Crystal Black dan Sonic Grey Pearl yang baharu.
Rona yang lebih jelas di dalam kabin, kerana ia menggunakan tempat duduk ‘semi bucket’ yang menampilkan corak sarang lebah pada sandaran dan tulisan “Type R” bersulam pada bahagian penyandar kepala.
Honda turut perkenalkan reka bentuk meter eksklusif baharu yang membolehkan pemandu mendapatkan maklumat yang diperlukan, dengan paparan rpm enjin grafik, stopwatch dan penunjuk kedudukan gear diletakkan di bahagian atas.
Spesifikasi enjin Civic Type R 2023
Selain daripada itu, Civic Type R 2023 turut hadir dengan enjin 2.0-liter VTEC TURBO, transmisi manual baharu dan sistem ‘rev-matching‘ yang mampu beri pengalaman menarik buat pemandu.
Untuk memberikan prestasi kereta yang lebih baik, CTR 2023 turut dilengkapi dengan rim 19-inci jenis lightweight dan juga brek cakera jenis Brembo.
Honda tidak memberikan apa-apa output untuk enjin yang diperhalusi, tetapi untuk konteks, unit VTEC Turbo model baharu itu menghasilkan sebanyak 320 PS (316 hp) dan 400 Nm tork. Manakala, 310 PS (306 hp) bagi pasaran tertentu.
Begitulah, Civic Type R 2023 serba baharu. Jualan model baharu ini dijadualkan bermula di Jepun pada bulan September tahun ini manakala penghantaran pertama di Eropah akan dilakukan dari awal 2023.