fbpx
Now Reading
Persoal Cuti Haid & Kaitkan Dengan Cuti Umum, Fizo Omar Teruk Dikecam
Soal cuti haid dan kaitkan cuti umum, fizo omar dkecam netizen

Persoal Cuti Haid & Kaitkan Dengan Cuti Umum, Fizo Omar Teruk Dikecam

Tindakan pelakon itu seolah-olah mempersoalkan cuti haid dan mengaitkannya dengan jumlah cuti umum di Malaysia mengundang kecaman orang ramai yang merasakan ianya tidak berkaitan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Senggugut kerap terjadi kepada wanita yang sedang mengalami haid. Rasa sakit itu membuatkan seseorang akan berasa tidak selesa sehingga boleh mengganggu aktiviti hariannya.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir wanita yang terpaksa untuk mengambil cuti sakit dek kerana tidak berdaya untuk ke tempat kerja.

Terdapat beberapa negara dah aplikasikan cuti haid untuk wanita manakala Malaysia sedang melakukan kajian

Sehubungan itu, terdapat beberapa negara yang sudah mula mengaplikasikan cuti haid kepada pekerja wanita antaranya seperti Jepun, Korea Selatan, dan juga Sepanyol yang memberikan cuti selama tiga hari untuk mereka yang mengalami masalah ketika haid.

Baca artikel berkaitan:

Terbaharu, kerajaan di negara ini memaklumkan bahawa kajian berhubung pengenalan cuti haid untuk golongan pekerja wanita sedang dijalankan dan ia dijangka selesai pada Oktober.

Fizo Omar persoal cuti haid

Perkara ini secara tidak langsung telah memberi pelbagai reaksi kepada masyarakat yang bekerja termasuklah pelakon Fizo Omar yang mempersoalkan tentang cuti haid menerusi muat naiknya di dalam Instagram.

Dalam hantaran tersebut, dia meminta pandangan orang ramai berkenaan cuti haid selain memberi nota kaki yang menyatakan jumlah cuti umum di Malaysia pada tahun 2019 adalah diantara yang tertinggi di Asia Tenggara.

“Cuti haid? Apa pandangan korang?

Malaysia mempunyai cuti umum tertinggi di Asia Tenggara

“Nota kaki: Malaysia mempunyai jumlah cuti umum (50 hari) yang tinggi di Asia Tenggara pada 2019,” tulisnya di dalam kapsyen.

Namun begitu, persoalan pelakon itu telah mengundang kecaman orang ramai yang tidak bersetuju dengannya kerana mengaitkan cuti haid tersebut dengan cuti awam kerana ia secara jelas tidak mempunyai kaitan.

Senggugut untuk setiap wanita adalah berbeza

Seorang pengguna di Twitter, Ili Aqilah yang juga seorang wartawan turut memberi reaksi kepada hantaran tersebut dan memaklumkan senggugut ketika haid adalah berbeza untuk setiap wanita.

“Perlu diingati, senggugut ketika haid berbeza untuk setiap wanita. Ada yang sampai tak boleh bangun, kaki kejang dan sebagainya.

“Sesetengah kita (orang awam) privilege sangat sampai tak ada empati. Satu lagi apa kena mengena cuti umum dan cuti haid?,” soal wanita itu di Twitter.

Perkara tersebut turut disokong oleh beberapa pengguna lain yang bersetuju dengan apa yang dikatakan wanita tersebut serta menyifatkan pelakon itu tidak memahami apa yang dirasai oleh wanita.

‘Tanya pendapat tapi secara tak langsung bagi pendapat sendiri’

‘Dia tak pernah ada pengalaman senggugut dan haid jadi lebih baik diam’

Tidak kurang juga ada wanita yang berkongsikan pengalaman mereka mengalami senggugut setiap kali datang haid sehingga membuatkan mental mereka terganggu.

‘Okay yang ni aku setuju’

‘Saya salah seorang yang senggugut teruk, sampai nak ke bilik air pun rasa nak merangkak’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.