fbpx
Now Reading
Tular Anggota Peronda Polis Disyaki Ambil Rasuah, PDRM Mohon Saksi Tampil Bantu Siasatan [Video]

Tular Anggota Peronda Polis Disyaki Ambil Rasuah, PDRM Mohon Saksi Tampil Bantu Siasatan [Video]

Siasatan awal terhadap klip tersebut oleh PDRM mendapati kejadian mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video TikTok memperlihatkan sebuah kereta peronda polis (MPV) yang didakwa telah mengambil suapan dari seorang individu di sebuah stesen minyak.

Menerusi video tersebut, kereta peronda berkenaan dilihat memarkir di persimpangan pintu masuk stesen minyak tersebut sebelum ianya dihampiri oleh seorang lelaki berbaju hitam.

Dia kemudian dilihat berbual bersama seseorang yang berada di dalam kereta peronda tersebut menerusi ruang tingkap belah penumpang hadapan.

Pemilik video dakwa lelaki itu sebelum ini dilihat telah ditahan oleh MPV sama

Menurut kenyataan pada video itu pula, lelaki berbaju hitam yang merupakan pemandu sebuah Toyota Hilux sebelum itu telah ditahan oleh anggota kereta peronda terlibat di lebuh raya berhampiran.

“Kereta Hilux itu sebelum ini telah ditahan oleh polis di lebuh raya. Pemandunya kemudian datang ke stesen minyak tersebut. Apa yang mengejutkan kereta peronda tersebut turut berhenti sama.

“Beberapa minit kemudiannya, dia berjalan ke kereta peronda tersebut. Saya rasa mereka adalah ‘kawan’.

“Mereka berborak seketika sebelum masing-masing berlalu pergi,” tulis kenyataan pada video itu.

@stickerpro_my Tiktok pls dont delete this again 😉, repost punyer… #fyp #tiktokmalaysia #peaceandlove #viral #malaysiaroar ♬ Ambition For Cash – Key Glock

Mula dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna @stickerpro_my pada 21 Jun lalu, video berkenaan kemudian mula tular hingga menerima pelbagai respon dari orang ramai.

Ada yang merasakan mereka hanyalah kenalan dan ada segelintir yang mendakwa ia adalah satu suapan.

Video dalam siasatan

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan video tular terbabit kini dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor dalam satu kenyataan berkata siasatan awal terhadap klip tersebut mendapati kejadian mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan di antara Kuala Lumpur dan Selangor.

Sehubungan itu pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun TikTok berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Polis seru pemilik akaun dan saksi tampil

“Pihak Polis menyeru pemilik akaun Tik Tok tersebut mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta no. pendaftaran Kereta Peronda Polis berkenaan untuk tampil ke hadapan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Bin Hj. Abdul Shukor

Tambah beliau lagi, sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Police Brickfields di 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 999) atau mana-mana balai polis berdekatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.