Lelaki Saman Gerai Makan, Dakwa Alami Masalah Kentut Tidak Henti Selama Lima Tahun Selepas Makan Sandwic

Seorang lelaki di United Kingdom nekad menyaman sebuah kedai makan sebanyak £200,000 (RM 1 juta) selepas mendakwa dirinya mengalami masalah kentut tidak berhenti sejak memakan sandwic yang dipanaskan pada lima tahun lalu.

Menerusi laporan Daily Star, Tyrone Prades, 46, telah membeli sandwic tersebut pada Disember 2017 ketika berkunjung di pasar Krismas Birmingham bersama dengan isteri serta anak-anaknya.

Alami kekejangan perut, demam, muntah dan cirit-birit lepas makan sandwic

Peguamnya memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa dia telah mengalami kekejangan perut, demam, muntah, serta cirit-birit selepas beberapa jam memakan sandwic berkenaan.

Prades turut mendakwa bahawa sandwic itu telah mengakibatkan dia terlantar selama lima minggu kerana mendapat jangkitan salmonella.

Prades turut alami masalah kembung perut yang kerap

Tambah peguam itu lagi, anak guamnya itu turut mengalami masalah seperti kembung perut yang kerap sehingga memalukannya di khalayak ramai serta membuatkannya terbangun pada waktu malam.

Peguamnya, Robert Parkin memaklumkan kepada mahkamah bahawa perut Prades sentiasa mengeluarkan bunyi keroncong yang pelik selepas penyakit itu reda.

“Prades sentiasa mengalami masalah kembung perut yang berterusan sehingga membuatkan dia berasa sangat malu.

“Gejala-gejala utamanya adalah seperti keletihan dan perubahan fungsi usus yang dikaitkan dengan bunyi ‘keroncong’ di dalam perutnya dan perut kembung.

Keluarkan bunyi sehingga ganggu waktu tidur

“Perut prades juga terus mengeluarkan bunyi berkeroncong yang kerap sehingga mengganggu tidur, malah tahap gejala ini telah mengubah hidup,” jelas peguam itu.

Peguam tersebut turut mendakwa kedai itu sudah pun ditutup untuk pembersihan penuh ekoran dari siasatan oleh pihak Public Health England.

Bukan itu sahaja, pelanggan lain yang membeli makanan daripada pasar tersebut turut dilaporkan sakit.

Walau bagaimanapun, kes Prades ini masih lagi dalam siasatan samaada pemilik syarikat pengubahsuaian rumah ini ada menghidap salmonella atau tidak.

Pegawai kesihatan temui bakteria e-coli dekat pisau

Sementara itu, peguam bagi Pasar Krismas Frankfurt Christmas Market Ltd, Philip Davy memaklumkan pegawai kesihatan alam sekitar majlis telah menemui bakteria e-coli pada pisau, namun tiada salmonella.

Jelasnya juga, memandangkan Prades tidak mendakwa dia mengalami jangkitan e-coli, dia perlu membuktikan dakwaan salmonella untuk mendapatkan bayaran tuntutan saman.

Pasar Krismas Frankfurt Ltd turut menafikan kesalahan, akan tetapi kes tersebut akan dibicarakan.

Jelas seorang lagi peguam Prades, Rory Badenoch memberitahu jumlah tuntutan £200,000 (RM 1 juta) itu boleh meningkat lagi memandangakan perkara itu memberi kesan berterusan kepadanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

10 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

10 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

10 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

12 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago