fbpx
Now Reading
“Ringan Kaki Ref Tu..” – Insiden Pengadil Sepak Pemain Selangor FC Tular Di Media Sosial[Video]

“Ringan Kaki Ref Tu..” – Insiden Pengadil Sepak Pemain Selangor FC Tular Di Media Sosial[Video]

Susulan kekasaran yang dilakukan pemain Selangor FC, dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial insiden seorang pengadil perlawanan yang kelihatan menendang pemain ketika aksi pelawanan bola sepak sedang berlangsung di Stadium Likas, Sabah.

Menurut laporan Berita Harian, Kejadian ini dikatakan berlaku ketika aksi Suku Akhir Piala FA membabitkan Sabah FC dan Selangor FC (SFC) yang berlangsung pada Sabtu lalu (23 Julai).

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Twitter oleh akaun @nocontextbolamy, pemain pertahanan SFC, Fazly Mazlan melakukan kekasaran kepada pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar hingga menyebabkan pemain KDA FC itu tergolek di atas padang.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua pemain itu bertengkar di atas padang sebelum pengadil perlawanan, Suhaizi Sukri berlari ke arah mereka.

Tanpa dijangka, Suhaizi bertindak mengangkat kakinya kepada pemain SFC itu menyebabkan para penyokong menyifatkan tindakan itu seperti mahu menendang Fazly.

Susulan kekeran yang dilakukan oleh Fazly pada Baddrol, dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan ketika itu.

“Biar mereka diadili sebaik-baiknya”- Subkhiddin

Hal ini menyebabkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh turut terpanggil untuk memberi pandangannya tersendiri.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman twitter rasminya, beliau berkata kedua-dua pihak haruslah diadili sebaiknya.

“Tiada pengecualian terhadap mana-mana pihak, lebih lebih lagi pengadil. Yang bersalah perlu diadili dengan sewajarnya.

“Saya perhatikan tangan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di situ. Biar mereka diadili sebaik-baiknya,” ujarnya.

Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna media sosial, bahkan ada yang mengatakan bahawa pemain SFC itu seharusnya dilayangkan kad merah.

Bagaimanapun, isu mengenai pengadil perlawanan bola sepak di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi, kerana sebelum tular insiden yang membabitkan pengadil perlawanan yang dikatakan berat sebelah.

Terdahulu, tular di media sosial kejadian pengadil perlawanan tidak memberi kelebihan buat Kelantan FC pada aksi Liga Perdana menentang Johor Darul Ta’zim (JDTII).

@gilabolaberpiala

kecoh‼salah reff ka salah siapa⁉️game panas Kelantan vs Jdt ii🔥#fyp #kelantanfc #jdt #FilmTeyvatIslands #viral

♬ bunyi asal – GilaBolaBerpiala – GilaBolaBerpiala

Kredit gambar: Twitter nocontextbolamy

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.