fbpx

Tak Kenal Erti Putus Asa, Iron Man Sabah Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu [Video]

Difahamkan, pendakian pertamanya bersama kostum lengkap Iron Man pada tahun 2020 tidak berjaya sampai ke puncak gunung atas faktor keadaan cuaca yang tidak baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Impian mendaki gunung Kinabalu yang terletak di Sabah dengan memakai kostum lengkap Iron Man pasti kedengaran seperti satu gurauan.

Namun gurauan yang disangka tidak masuk akal itu telah direalisasikan oleh seorang lelaki yang berasal dari negeri di bawah bayu itu apabila dia berjaya menawan puncak gunung tersebut pagi ini (25 Julai).

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Tiktok oleh @yoradiesel, kelihatan lelaki yang sedang lengkap memakai kostum Iron Man itu sedang mendaki di kaki gunung berkenaan.

Percubaan kali pertama tidak kesampaian atas faktor cuaca

Lelaki yang dikenali sebagai Yohan Charles Jayasuriya itu difahamkan pernah mendaki gunung Kinabalu pada kali pertama bersama kostum superhero tersebut pada tahun 2020.

Namun malangnya, percubaan kali pertama Yohan tidak berjaya apabila dia terpaksa menghentikan pendakian ke puncak atas faktor cuaca yang tidak baik.

Tak Kenal Erti Putus Asa

Tidak kenal erti putus asa, Yohan sekali lagi mencabar dirinya untuk mendaki Gunung Kinabalu bersama kostum lengkap Iron Man.

Berkat usaha tanpa mengenal erti mengalah, akhirnya Iron Man Sabah itu berjaya untuk menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Menerusi perkongsian yang di muat naik di laman Facebook miliknya, kelihatan Yohan yang sedang memakai kostum lengkap Iron Man itu sedang duduk di sebuah batu di puncak gunung tersebut.

“Tengok siapa yang dah sampai ke puncak.. terima kasih semua. kami mendapat cuaca yang baik untuk mendaki. Turut bertemu beberapa rakan baharu sepanjang perjalanan,” tulisnya di kaspyen Facebook.

Kejayaan yang dikecapinya kali ini tidak hanya membanggakan dirinya dan juga ahli keluarga, malah rakyat Malaysia turut meraikan kejayaannya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan ucapan tahniah buat Yohan kerana berjaya sampai ke puncak dengan memakai kostum superhero tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.