fbpx
Now Reading
Tiada Yang Mustahil, Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama Berjaya Tawan Gunung Kedua Tertinggi Di Dunia

Tiada Yang Mustahil, Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama Berjaya Tawan Gunung Kedua Tertinggi Di Dunia

Menurut pendaki solo negara itu, kejayaan ini merupakan hadiah dari dirinya buat negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos nanti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2 di Pakistan pada Jumaat lalu (22 Julai).

Menurut laporan Bernama, pendaki solo negara itu bersama lima lagi pendaki lain yang diiringi lima sherpa, berjaya menawan puncak gunung kedua tertinggi di dunia itu pada pukul 10.59 pagi waktu tempatan.

Pendaki solo negara yang dikenali sebagai T. Ravichandran, 57, berkata, rasa cinta kepada Malaysia menjadi pembakar semangat buatnya di sepanjang pendakian gunung setinggi 8,661 meter itu.

Foto: Twitter Ravichandran

Hadiah buat negara sempena Hari Kebangsaan nanti

Tambah Ravichandran, kejayaan yang dikecapinya ini merupakan hadiah buat negara sempena sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada bulan hadapan.

“Semangat cintakan negara, hidup dalam aman dan harmoni, itu kunci perpaduan yang patut disemai dalam jiwa di mana ia menjadi kekuatan untuk saya harungi kesukaran sepanjang pendakian.

“Terima kasih kepada isteri saya yang tercinta, anda adalah kekuatan untuk saya berjaya. Tidak lupa kepada keluarga, rakan-rakan, penaja-penaja dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan saya sampai ke puncak,” ujarnya.

OKU bukan penghalang untuk buktikan kekuatan diri

Malah Ravichandran turut membuktikan bahawa OKU sepertinya mampu mencipta kekuatan diri sama seperti mereka yang sempurna.

“Tiada yang mustahil untuk bangkit kembali jika kita terjatuh. Itu pengalaman pendakian yang saya tempuh dalam ekspedisi kali ini. Ini hadiah saya buat rakyat Malaysia. Merdeka!,” ujarnya lagi.

Terdahulu, T. Ravichandran yang pernah menakluk puncak Gunung Everest pada 2006 dan 2007 telah berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu buat kali ketiga pada 12 Mei lalu.

Foto: Ravichandran

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.