Penyu merupakan spesis haiwan yang hidup di dalam laut dan sedang berada dalam ancaman kepupusan.
Lebih mengejutkan lagi apabila beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan penemuan bangkai penyu hijau di Pantai Teluk Bidara, Dungun, Terengganu, yang dijumpai mati dengan diikat batu bata.
Manakala pada 21 Julai lalu, seekor lagi penyu hijau betina dijumpai mati terapung di perairan Pulau Kapas di Terengganu dengan kesan luka di bahagian leher yang disyaki kerana mencari jalan keluar daripada pukat.
Perbuatan ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut.
Kita hendaklah menjaga dan melindungi haiwan yang sedang diancam kepupusan ini kerana jumlahnya semakin berkurangan dan baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsi beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai penyu.
Perkongsian tersebut telah dikongsikan oleh Dr Fitri yang berasa sedih selepas melihat keadaan penyu yang mati di sebabkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab.
Jom kami kongsikan lima perkara yang perlu anda ketahui tentang penyu agar anda dapat memahami lebih lagi mengapa kita perlu melindungi haiwan ini.
Penyu adalah haiwan yang bergelar ‘fosil hidup. Ia sudah hidup di zaman dinosaur lagi iaitu lebih kurang 200 juta tahun yang lalu. Namun apabila berlaku kepupusan secara besar-besaran, populasi haiwan ini juga semakin berkurangan.
Tetapi haiwan ini masih lagi mampu untuk kekal hidup sehingga ke hari ini.
Spesis penyu yang terbesar adalah Penyu Belimbing di mana penyu ini terkenal di Rantau Abang.
Ini kerana, Penyu Belimbing kebiasaanya menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasinya untuk bertelur.
Tahukah anda bahawa penyu juga menangis? Namun, haiwan ini bukanlah menangis kerana berasa sedih atau apa-apa yang melibatkan emosi.
Penyu menangis kerana itu adalah cara ia mengeluarkan lebihan garam yang ada di dalam badan melalui kelejar lakrima.
Jadi jika dilihat ia seperti sedang menangis, jadi jangan salah sangka pula ya.
Penyu sebenarnya terancam dengan pencemaran alam sekitar. Tahukah anda antara sebab anda tidak boleh membuang sisa buangan seperti plastik sampah dan straw minuman ke dalam laut?
Ia adalah disebabkan makanan penyu adalah obor-obor dan rumpai laut, apabila plastik sampah dan straw berada di lautan ia kelihatan seperti sama seperti makanan mereka.
Malah, perkara tersebut telah menyebabkan banyak penyu mati manakala straw pula boleh membuatkan hidung haiwan ini tersumbat di dalam lubang hidung mereka.
Bolehkah anda bayangkan bagaimana penyu terpaksa hidup dengan kesakitan kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia?
Penyu mempunyai kebolehan di mana boleh bertelur hingga hampir 100 biji, tetapi apa yang menyedihkan meskipun jumlah tersebut banyak namun masih ada lagi manusia yang menjual dan memakan telur penyu.
Walaupun sudah ada undang-undang larangan yang ditetapkan, namun sikap tidak bertanggungjawab daripada segelintir pihak telah menyebabkan populasi penyu semakin berkurangan.
Malah penyu juga boleh mati kerana terperangkap dalam pukat yang ditinggalkan.
Dr Fitri dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk menyebarkan kesedaran bahawa kita perlu membantu haiwan ini untuk terus hidup dengan harmoni agar ia dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.
Semoga perkongsian yang diberikan ini dapat memberi kesedaran sedikit sebanyak kepada anda untuk bersama-sama melindungi haiwan yang sedang diancam kepupusan ini.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…