fbpx
Now Reading
“Awak Terlalu Disney” – Video Peserta Buat ‘Backflip’ Depan Juri Pencarian Wanita Melayu Curi Perhatian

“Awak Terlalu Disney” – Video Peserta Buat ‘Backflip’ Depan Juri Pencarian Wanita Melayu Curi Perhatian

Meskipun persembahannya disifatkan luar biasa dan mungkin sinonim dengan balet, aksi tersebut kurang disenangi memandangkan ianya tidak mencerminkan identiti ‘kemelayuan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kewujudan program pencarian bakat tidak dinafikan telah banyak membantu mengetengahkan anak muda yang berkebolehan di negara kita.

Baik dari program televisyen berbentuk nyanyian, lawak, lakonan, sukan hinggalah ke acara langsung, kesemua program ini jelas telah berjaya melahirkan beberapa nama besar.

Plaza Shah Alam turut tidak terkecuali apabila mereka kembali menganjurkan proram Pencarian Wanita Melayu-Plaza Shah Alam (PWM 2022) edisi ke-7 selepas hampir dua tahun tertangguh akibat Covid-19.

Sehubungan itu satu sesi ujibakat telah diadakan di Plaza Masalam pada 23 dan 24 Julai yang lalu bagi membuka peluang kepada wanita Melayu untuk mempersembahkan kebolehan mereka sekaligus menjadi sebahagian dari peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya.

Namun di sebalik ujibakat tersebut, tular satu video membabitkan salah seorang pesertanya apabila si gadis mempersembahkan bakat tariannya sambil melakukan ‘back flip’.

Video tersebut yang dimuat naik oleh @plazashahalam di TikTok ternyata mencuri perhatian orang ramai.

@plazashahalam #pencarianwanitamelayu #pencarianwanitamelayu2022 #plazashahalam ♬ original sound – ⚘「𝕸𝖔𝖙𝖍𝖊𝖅𝖊𝖐𝖐𝖊𝖓」❤

Dari balet buat backflip

Di dalam video itu, wanita ini pada mulanya dilihat menari seperti seorang penari balet sambil diiringi muzik latar filem Aladdin, Arabian Nights (Disney).

Namun di penghujung persembahan, dia secara tiba-tiba memusing badannya ala-ala backflip hingga membuat ramai terkesima.

Meskipun persembahannya disifatkan luar biasa dan mungkin sinonim dengan balet, aksi tersebut kurang disenangi segelintir pengguna TikTok memandangkan dia tampil berhijab selain ianya tidak mencerminkan identiti ‘kemelayuan’.

Malah ramai merasakan dia tersilap menyertai sesi ujibakat aksi sedemikian tidak sesuai dengan tema program tersebut.

Berikut antara komen yang diberikan pengguna TikTok berhubung aksi backflip tersebut :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.