fbpx
Now Reading
“Jurugambar Gigil Ke?” – Tular Gambar Kahwin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’ Buat Orang Ramai Terhibur
Gambar kahwin blur buat orang ramai terhibur

“Jurugambar Gigil Ke?” – Tular Gambar Kahwin ‘Blur’ & ‘Bergoyang’ Buat Orang Ramai Terhibur

Walaupun, gambar tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas namun ramai yang terhibur dan menyifatkan gambar tersebut adalah hasil seni kreatif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis perkahwinan kebiasaanya hanya terjadi sekali seumur hidup. Oleh itu, setiap pasangan pengantin yang mahu berkahwin akan melakukan persiapan sehabis baik mengikut citarasa mereka.

Ini termasuklah dari segi pemilihan gambar yang ingin diletakkan di dalam media sosial agar gambar yang dimuat naik kelihatan cantik.

Namun berbeza dengan pasangan pengantin yang dikongsikan oleh satu laman Facebook Negeri Sembilan Kini yang memaparkan beberapa keping gambar perkahwinan yang tidak diketahui siapakah orangnya.

Gambar ‘blur’ sehingga muka pengantin tak nampak

Apa yang menjadi perhatian adalah gambar yang dikongsikan tersebut adalah tidak jelas dan bergerak sehingga muka pasangan pengantin juga tidak dapat dikenal pasti.

Tahu gambar kahwin kerana busana yang dipakai

Orang ramai hanya dapat mengetahui ia adalah foto di sebuah majlis pernikahan berpandukan pada kapsyen selain foto itu sendiri yang memperlihatkan pasangan pengantin yang berbusana serba putih selain susunan atur duduk seperti satu majlis akad nikah.

“Selamat pengantin baru, selesai sudah acara akad nikah sahabatku semoga berbahagia akhir hayat,” tulisnya di kapsyen.

Rata-rata warganet terhibur

Melihat di ruangan komen pula, meskipun gambar tersebut tidak jelas tetapi rata-rata warganet terhibur sehingga ada yang bergurau dengan mengatakan ia adalah hasil seni kreatif dan ada juga yang berkata mungkin gambar tersebut di ambil sambil berlari.

‘Orang lain yang kawin, jurukamera yang gigil’

‘Tangkap gambar sambil berlari ni’

‘Lain kali pergi lah membuang dulu, baru buat kerja’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.