fbpx
Now Reading
Orang Ramai Kecam Tindakan Ibu Bapa Pakaikan ‘Braces’ Pada Anak Kecil
orang ramai kecam tindakan ibu bapa pakaikan anak kecil braces

Orang Ramai Kecam Tindakan Ibu Bapa Pakaikan ‘Braces’ Pada Anak Kecil

Orang ramai yang mengecam tindakan itu menyifatkan penggunaan braces adalah tidak bersesuaian untuk anak kecil dan boleh mengganggu proses pertumbuhan gigi si kecil.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mendandan anak kecil merupakan satu perkara yang menyeronokkan bagi ibu bapa, malah dengan menggayakan si cilik, pasti mereka akan kelihatan sangat comel.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti ada sahaja idea mereka untuk menggayakan anak mereka agar kelihatan kacak dan cantik, ada juga yang meletakkan pelbagai aksesori seperti di rambut, leher serta banyak lagi.

Kanak-kanak pakai braces

Namun, berbeza dengan sebuah video tular di TikTok ini yang menunjukkan seorang kanak-kanak di Indonesia yang dipakaikan braces (pendakap gigi).

Video tersebut ternyata meraih perhatian hingga mendapat kecaman orang ramai yang tidak bersetuju perbuatan ibubapanya.

Menerusi laporan Kosmo, dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak itu telah didandan serta dihias wajahnya dengan alat solek.

Si comel turut kelihatan seperti dihias dengan alat solek

Malah jika dilihat pada mata kanak-kanak itu, dia seolah-olah sedang memakai kanta sentuh dan di bahagian bibirnya kelihatan seperti memakai gincu berwarna merah jambu.

Akan tetapi, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah terdapat braces yang dipasang pada gigi si kecil itu.

Orang ramai kecam tindakan pasang braces pada anak kecil

Orang ramai telah mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan ia adalah bahaya dan boleh menyebabkan proses pertumbuhan gigi terganggu kerana struktur rahang dan gigi kanak-kanak tersebut belum tumbuh sepenuhnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mereka yang kasihan melihat si kecil itu dan ada juga yang memberikan nasihat bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan kepada anak kecil.

‘Nampak muka tahan kesakitan’

‘Bahaya itu kak, gusi belum kuat lagi’

Setakat ini video tersebut telah mendapat 8.0 milion tontonan, 267.4 ribu tanda suka, 14.6 ribu komen dan 4,700 perkongsian di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.