fbpx
Now Reading
‘Siapa Punya Dia Rembat Tu’- Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Pelajar Bawa ‘Side Mirror’ Motosikal Ke Sekolah
Budak Bawa Side Mirror Motor

‘Siapa Punya Dia Rembat Tu’- Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Pelajar Bawa ‘Side Mirror’ Motosikal Ke Sekolah

Gelagat pelajar perempuan yang membawa cermin sisi motosikal itu turut membuatkan orang ramai rasa terhibur dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecantikan merupakan satu perkara yang penting bagi setiap perempuan. Bukan sahaja orang dewasa, malahan golongan muda seperti pelajar juga pasti mahu kelihatan kemas dan cantik.

Malah ada juga pelajar yang membawa alat solek seperti pelembab bibir dan juga bedak untuk menghias wajah mereka agar kelihatan manis.

Selain itu, barangan seperti cermin juga penting dan kerap kali dibawa bersama termasuklah ke sekolah.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang guru, Farez Ferrer yang menunjukkan gelagat pelajar perempuannya membawa sebuah cermin ke sekolah.

Bawak cermin sisi motosikal pergi sekolah

Namun, apa yang mencuit hati adalah cermin yang di bawa oleh pelajar itu bukanlah cermin biasa tetapi ia adalah cermin sisi motosikal atau side mirror.

@farezferrer

Tak rampas eh saje curious🥹 samalah sy sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tgk tak elok 😛 #beranda #fyp #foryoupage #berandatiktok #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Zirashafa – Zirashafa

Dalam video tersebut, pelajar itu telah meletakkan cermin sisi motosikal itu di dalam bekas pensilnya sebelum guru itu datang dan mengambilnya.

Pada awalnya, dia kelihatan seperti ingin mengambil semula cermin tersebut namun ia segera ditarik oleh guru tersebut untuk melihatnya.

Tak dirampas hanya untuk dilihat

Jelas guru itu, cermin tersebut tidak dirampas cuma dia hanya berasa pelik malah turut mengakui dia juga dahulu membawa cermin sewaktu di bangku sekolah.

“Tak rampas saja curious, samalah saya sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tengok tak elok,” tulisnya di kapsyen sambil berseloroh.

Orang ramai turut rasa terhibur tak sangka pelajar bawak cermin sisi motor

Melihat di ruangan komen, orang ramai turut berasa terhibur dengan sikap bersahaja pelajar itu yang dengan membawa cermin motosikal tersebut di sekolah. Malah ada juga yang bertanya adakah cermin tersebut di ambil daripada motosikal kepunyaan ayahnya.

Ada juga yang menyuruh guru tersebut untuk membeli cermin untuk pelajar tersebut dan guru itu berkata dia akan membelikan cermin yang lebih sesuai buat pelajar tersebut.

“Nanti saya belikan cermin lain yang lebih sesuai, tapi dekat koridor dah pasanga cermin besar,” kata guru itu di dalam komen.

‘Ayah baru nak pergi kerja tengok cermin tak ada’

‘Wey saya dulu pun bawa cermin side mirror pergi sekolah’

‘Ya Allah dik kalau boleh cermin dekat rumah pun bawa sekali dik’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.