fbpx

Video Escort Polis Potong Di Garisan Berkembar Cetus Kemarahan Ramai

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna media sosial ialah escort tersebut dilihat bukan dalam kecemasan sebaliknya hanya membawa dua buah kenderaan mewah yang terletak di atas dua trak tunda berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bergelar seorang pengguna jalan raya, pasti kita semua tahu yang memotong di garisan berkembar adalah satu kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 167/59 [Kaedah 12(3)(A)].

Malah mana-mana pemandu yang dikesan melakukan kesalahan ini boleh dikompaun maksimum RM300.

Ini kerana perbuatan mereka ini bukan sahaja berbahaya, malah boleh menyebabkan berlakunya kemalangan pada pengguna jalan raya yang lain.

Terbaharu tular di laman Twitter satu rakaman dashcam yang diambil dari akaun Facebook Hamdan Zakaria memperlihatkan sebuah kereta peronda polis pengiring memotong di garisan berkembar di sebuah jalan.

Perbuatan kereta peronda itu yang sedang mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap membuatkan pemilik dashcam yang sedang memandu pada kelajuan hampir 80km/jam terpaksa berganjak ke tepi serta masuk ke lorong kecemasan bagi mengelakkan pertembungan.

Malah dia yang terpaksa memperlahankan kenderaannya hanya berjaya masuk ke laluan asalnya selepas memberi laluan kepada 4×4 yang merupakan kenderaan konvoi terakhir.

Netizen dakwa ia bukan dalam kecemasan

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna media sosial ialah escort tersebut bukanlah dalam situasi kecemasan sebaliknya hanya membawa dua buah kenderaan mewah yang terletak di atas dua trak tunda berkenaan.

“Tahniah PDRM, keselamatan marhain letak tepi sahaja.

“Persoalannya, kereta mewah siapa yang dibawa hingga memerlukan eskort depan belakang tu? Apa keperluan untuk memotong di double line hingga bahayakan nyawa pengguna jalan raya lain yang tak bersalah?” soal @jllmilai di Twitter.

Satu lagi insiden serupa di lokasi berbeza

Menerusi ciapan sama, Jalal Misai turut berkongsi satu lagi video serupa namun melibatkan individu berbeza dan lokasi berbeza.

Perkongsian tu bukan sahaja menarik perhatian pengguna Twitter malah ramai merasakan tindakan anggota-anggota polis peronda itu begitu berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan perlanggaran sekiranya berdepan dengan pemandu yang cepat panik.

Berikut antara komen yang diberikan pengguna Twitter:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.