“Kami Masih Di Sini” – Panas Isu Penutupan Operasi FashionValet, Vivy Yusof Akhirnya Buka Mulut

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai penghentian operasi laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV).

Pengumuman tersebut yang boleh dilihat menerusi satu notis di laman web mereka nyata mengejutkan orang ramai, meskipun FV menjelaskan keputusan itu diambil bagi memperkenalkan “pengalaman beli-belah atas talian baharu yang lebih personalized selain memberi banyak ganjaran berbaloi” buat pelanggan. 

Mula dibangkitkan di Facebook oleh pengasas bersama SCRUT, Aliff Ahmad, isu berkenaan kemudian turut menjadi perbualan di kalangan pengguna Twitter.

Ini kerana ramai mengetahui perniagaan yang diusahakan secara bersama oleh usahawan terkenal, Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin Shah Anuar sejak 12 tahun lalu itu turut menerima suntikan kewangan dari agensi dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Peka dengan isu tersebut, pihak Vivy akhirnya tampil menjawab isu hangat tersebut.

Menurut Vivy, keputusan untuk mengubah strategi perniagaan mereka dan memberikan tumpuan penuh kepada jenama utama mereka sendiri iaitu dUCk dan lilit adalah keputusan lama yang telah diambil sejak 2019.

Trend perniagaan terkini yang lebih suka jual produk sendiri tanpa bergantung kepada plaftorm lain

Ini selepas mereka melihat trend perniagaan di luar sana yang mula menjual produk mereka sendiri selain ianya dilihat lebih baik untuk industri fesyen tempatan berkembang lebih pesat lagi.

“Malah pemain industri besar seperti Nike turut merasakan mereka perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pihak ketiga.

“Pandemik yang telah melanda dunia sebenarnya telah mempercepatkan perubahan tersebut di mana banyak jenama tempatan yang bekerjasama bersama FV turut mengecilkan perniagaan mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Bersyukur kerana berjaya mengekalkan kakitangan

Malah FV turut menzahirkan rasa syukur kerana perusahaan mereka setakat ini belum lagi menghentikan mana-mana kakitangan.

“Kami terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat untuk memberi fokus kepada jenama dUCk dan LILIT dan ia membantu kami untuk bertahan selama dua tahun ini.

“Alhamdulillah kami tidak memberhentikan mana-mana pekerja sejak tiga tahun yang lalu dan mereka telah disusun semula untuk memberi fokus kepada matlamat baharu selain membuka laluan serta peluang kerjaya tambahan kepada mereka.

“Strategi kami kini adalah mengembangkan dUCk dan LILIT sendirian di bawah payung FashionValet Group,” kata Vivy lagi.

Pelabur menyuntik dana ke dalam FashionValet Group yang merupakan pemilik dUCK dan LILIT

Menerusi kenyataan sama, Vivy turut menjelaskan bahawa dana yang disuntik pelabur sebelum ini adalah ke dalam FashionValet yang merupakan pemilik jenama dUCk dan LILIT itu sendiri.

“Kami ingin menjelaskan bahawa pelabur kami (sebelum ini) yang melabur ke dalam organisasi FashionValet yang merupakan pemilik jenama dUCk dan LILIT.”

Menerusi satu hantaran di Instagram sekitar 2 jam lalu, FV turut memaklumkan bahawa jenama berkenaan masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

4 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

4 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

6 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago