fbpx
Now Reading
Kisah Peniaga Cendol Ditipu Rakan RM3,000 & Dibuang Keluarga Buat Ramai Simpati
Peiaga cendol ditipu rakan RM3,000 & dibuang keluarga

Kisah Peniaga Cendol Ditipu Rakan RM3,000 & Dibuang Keluarga Buat Ramai Simpati

Selain memaklumkan dirinya ditipu, dia turut memaklumkan dirinya sudah dibuang keluarga kerana berlainan agama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang yang berniaga pasti mengimpikan kejayaan dalam perniagaan yang dilakukan, namun bukan semua mampu berjaya pada akhirnya.

Kejadian sama turut berlaku buat seorang lelaki malang ini apabila impiannya musnah apabila ditipu oleh rakan yang kononnya mahu membantu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang dikongsikan oleh Danish.firds yang menunjukkan kisah lelaki tersebut yang mendakwa telah ditipu oleh rakannya sebanyak RM3,000.

@danish.firds

I tengah fly drone, tiba2 ada seorang pakcik ni datang sebelah saya minta bantuan dia menangis #bantuan #videoviral #tiktokmalaysia #orangmiskin #fyp #fypシ #cendol

♬ Sad Emotional Piano – DS Productions

Sedang terbangkan Dron sebelum dihampiri lelaki berkenaan

Menerusi video tersebut, Danish memaklumkan dia ketika itu sedang menerbangkan pesawat dronnya sebelum didekati oleh individu berkenaan yang mahu mencari imam namun tidak memberitahu mengapa dia mahu berjumpa imam tersebut.

Namun setelah ditanya tujuan asalnya, barulah individu tersebut menceritakan segala yang terjadi dalam keadaan menangis.

Jelas lelaki itu, dirinya telah ditipu oleh seorang rakan yang kononnya mahu membantu untuk membuka kedai cendol di Terengganu, tetapi apa yang berlaku dia telah ditipu dan wang sebanyak RM3,000 serta beberapa barang peribadi telah dilarikan oleh rakan tersebut.

Tunjuk kaki cedera dan beritahu dibuang keluarga

Apa yang menyedihkan lagi apabila dia menunjukkan kecederaan di kakinya serta memberitahu dia sudah dibuang keluarga kerana beragama Islam.

Danish yang berasa kasihan tatkala mendengar kisah itu, kemudian telah kembali ke dalam kenderaannya dan menghulurkan wang bernilai RM50 serta menunjukkan masjid yang berdekatan kerana lelaki itu mahu berjumpa dengan imam.

Bersyukur dapat bantu lelaki berkenaan

Di dalam satu lagi video Danish memaklumkan dia berasa bersyukur kerana dapat membantu individu tersebut.

Video tersebut ternyata menarik perhatian orang ramai yang kasihan dengan lelaki tersebut serta mahu membantunya.

Namun, Danish menjelaskan bahawa setakat ini dia tidak mengetahui status individu tersebut kerana tidak sempat bertanya nama serta apa-apa maklumat yang berkaitan untuk memudahkan orang lain memberi sumbangan.

‘Kesian dia cakap pun nampak penat’

‘Jom buka tabung untuk dia’

‘Enam bulan lepas ada terserempak dengan pakcik ni di KL Sentral’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.