fbpx
Now Reading
Pramugara Jumpa Kepala Ular Dalam Makanan Atas Kapal Terbang [Video]
Kepala Ular dijumpai dalam makanan kapal terbang

Pramugara Jumpa Kepala Ular Dalam Makanan Atas Kapal Terbang [Video]

Kepala ular tersebut telah ditemui oleh seorang pramugara sewaktu dia sedang menikmati hidangan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika berjalan jauh dengan menaiki kapal terbang sudah pasti kita akan memesan makanan dan kebiasaanya makanan yang dihidangkan mempunyai rasa yang sedap serta berkualiti tinggi.

Namun berbeza dengan sebuah pesawat ini apabila seorang pramugara dari sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang berpangkalan di Turki telah menemui kepala ular yang terputus di dalam salah satu makanan dalam penerbangannya.

Kepala ular dijumpai dalam kapal terbang

Menurut Mothership yang memetik laporan The Sun, kepala ular itu dijumpai di dalam penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, namun terdapat laman berita lain yang menyatakan kapal terbang tersebut dalam perjalanan dari Antalya ke Vienna.

Syarikat penerbangan, SunExpress merupakan syarikat yang berpangkalan di Antalya, Turki, dan ia dimiliki oleh Turkish Airline serta Lufthansa.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan merupakan syarikat penerbangan yang terbang lebih daripada 90 destinasi di seluruh Eropah.

Jumpa kepala ular masa tengah makan

Meskipun destinasi penerbangan sebenar tidak diketahui, namun apa yang jelas kepala haiwan tersebut ditemui ketika dia sedang menjamu selera.

Seorang pramugara yang baru sahaja mengeluarkan makanan kru yang terdiri dari pelbagai jenis seperti kentang, sayur-sayuran dan juga tomato. Namun selepas beberapa gigitan, dia menemui kepala tersebut di dalam dulang makanannya, lapor New York Post.

Malah terdapat beberapa klip video turut dimuat naik di media sosial yang merujuk kepada objek pelik itu sebagai kepala biawak.

Pihak syarikat penerbangan tak boleh terima insiden yang berlaku

Susulan itu, pihak SunExpress telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan insiden yang terjadi itu tidak dapat diterima.

“Ia adalah keutamaan kami di mana perkhidmatan yang disediakan buat pelanggan di dalam penerbangan adalah berkualiti tinggi dan tetamu serta pekerja mempunyai pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.

“Dakwaan dan perkongsian dalam akhbar berhubung perkhidmatan makanan dalam penerbangan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan siasatan secara terperinci akan dilakukan berkenaan perkara itu.

“Sehingga proses penyelidikan selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan, termasuk menghentikan bekalan produk berkaitan telah diambil serta-merta.

Kakitangan jumpa kumbang dan siput

Sebelum ini, terdapat aduan lain yang dilaporkan di mana kakitangan menemui kumbang dan siput di dalam makanan malah makanan itu juga berkulat, lapor The Sun.

Syarikat katering dakwa kepala ular tersebut tak mungkin datang dari makanan mereka

Walau bagaimanapun, Sancak Inflight Servis, syarikat katering yang membekalkan makanan SunExpress di Ankara, mendakwa bahawa kepala ular tersebut tidak mungkin datang dari dapur syarikat itu kerana mereka mempunyai protokol yang ketat.

“Kami tidak menggunakan mana-mana objek asing yang sepatutnya berada dalam makanan semasa memasak,” katanya.

Firma bekalan makanan itu menegaskan, ia disebabkan keadaan teknikal dan haba yang digunakan dalam kemudahan katering dalam penerbangan. Sancak turut mendakwa bahawa makanan tersebut dimasak pasa suhu 280°C.

Jelas syarikat tersebut, tiada satu hidangan yang dilihat keluar daripada makanan yang dihasilkan daripada syarikat tersebut.

Mungkin ditambah lepas proses masak, dakwa SunExpress gagal beri sampel makanan

Perkara ini telah membawa kepada spekulasi bahawa kepala ular yang ditemui itu nampak agak segar dan ia mungkin ditambah selepas proses memasak, manakala kemungkinan lain makanan tersebut bukan dari syarikat katering.

Sancak juga mendakwa bahawa pihak SunExpress juga telah gagal memberikan sampel makanan daripada insiden tersebut kepada mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.