Wanita Bahas Babak Keterlaluan Dalam Siri Animasi Terkenal, Seru Ibu Bapa Pantau Tontonan Anak-Anak

Dalam proses mendidik anak-anak, ibu bapa atau penjaga seharusnya sentiasa memantau kandungan bahan tontonan anak-anak di bawah jagaan mereka.

Menurut laporan Kosmo, menerusi satu perkongsian di laman Facebook oleh pemilik akaun Karina Vailes yang tular, dia menyeru agar ibu bapa sentiasa memantau isi kandungan animasi yang ditonton anak-anak mereka.

Hal ini disebabkan sebahagian babak di dalam siri animasi baharu Jurassic Park: Camp Cretaceous tidak sesuai dijadikan bahan tontonan kanak-kanak.

Babak yang tak sepatutnya ditonton kanak-kanak

Menurutnya, ketika bersama anak-anaknya, dia terkejut dengan jalan cerita di dalam animasi bersiri itu kerana menunjukan babak yang tidak patut ditayangkan pada kanak-kanak.

“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.

“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.

Animasi untuk hiburan dan bukan menjadi platform serangan idea dan politik

Tambah Karina, perkembangan fikiran kanak-kanak masih dalam proses untuk dibentuk dan tidak seharusnya dirosakkan dengan babak seperti itu.

Ujarnya, menonton siri animasi tersebut adalah untuk menjadi hiburan dan bukannya untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.

“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.

“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?” ujarnya lagi.

Juga terdapat aksi ciuman pasangan lelaki dan wanita

Menerusi carian kami, terdapat beberapa lagi babak keterlaluan di dalam siri tersebut namun ianya membabitkan dua watak utama lain iaitu seorang lelaki dan wanita yang berciuman di dalam satu episod.

Kewujudan babak-babak sebegini bukanlah satu perkara besar sekiranya dipertontonkan kepada orang dewasa. Namun untuk tontotan kanak-kanak? Kami juga kurang bersetuju.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago