fbpx
Now Reading
Gamuda Land Kolaborasi Dengan UKM, UniKL & UM Dalam Perbaiki Biodiversiti
gamuda land

Gamuda Land Kolaborasi Dengan UKM, UniKL & UM Dalam Perbaiki Biodiversiti

Gamuda Land memeterai Memorandum Persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Malaya (UM).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gamuda Land baru-baru ini telah memeterai Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk meningkatkan kualiti air di kawasan Paya Indah Discovery Wetlands (PIDW).

Memorandum kerjasama itu ditandatangani bersama oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa di tiga teras perbandaran Gamuda Land.

Menurut Pengarah Eksekutif Gamuda Land, Khariza Abd Khalid, “Kami mahu komited dalam bidang di mana kami boleh memberi impak yang paling besar apabila ianya melibatkan iklim. Sebagai pengatur bandar (town maker), perancangan induk yang teliti dan reka bentuk tersusun adalah faktor untuk merealisasikan perubahan kepada masyarakat dan alam semula jadi.

“Untuk berbuat demikian, kami tidak boleh melakukannya sendirian dan berbesar hati apabila terdapat institusi yang ingin bekerjasama dengan kami bagi melaksanakan agenda hijau ini.”

Antara Kolaborasi Terlibat Adalah:

  • Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    • Penyelidikan terhadap kualiti air di PIDW, bersebelahan dengan Gamuda Cove di Dengkil, Selangor.
    • Kajian penanda aras kualiti air sebagai asas untuk audit biodiversiti di Gamuda Parks yang bakal digunakan untuk mewujudkan garis asas biodiversiti dan penanda aras pertumbuhan seterusnya.
  • Universiti Malaya (UM)
    • Penyusunan kandungan galeri Wetlands Arboretum di Gamuda Cove.
    • Arboretum akan bertindak sebagai taman botani yang mempromosikan kesedaran, kajian dan pemuliharaan diversiti spesies tumbuhan.
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
    • Kaedah pengurusan sisa dan bagaimana ianya boleh diperbaiki dalam pembangunan Gamuda Land.
    • Sampel tanah, sisa makanan dan sisa tanaman akan dikumpul dari Gamuda Cove, Gamuda Parks dan perbandarantwentyfive.7 untuk kajian serta penyelidikan saintifik.

Gamuda Land Sokong Perkembangan Biodiversiti.

Langkah ini diambil bersama UM dan UKM untuk meningkatkan kualiti air di PIDW akan membantu dalam memperbaiki keseluruhan tahap kesihatan di kawasan berkenaan. Dengan kualiti air yang lebih baik, pokok-pokok di kawasan ini akan tumbuh subur dan memberi lebih sumber makanan kepada haiwan. Ikan-ikan juga akan membiak dengan banyak, bermaksud lebih banyak makanan kepada air dan burung yang berhijrah.

Sementara itu, Arboretum Wetlands juga menggariskan peranan Gamuda Land dalam melindungi tanah lembap bagi memulihara biodiversiti tapak semula jadi.

Pengarah Eksekutif Gamuda Land Khariza Abd Khalid.

Inisiatif ini selaras dengan Pelan Hijau Gamuda (GGP), rangka kerja komprehensif yang mencatatkan sasaran terhadap Environmental, Social and Governance (ESG). Matlamat ini juga adalah bagi mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau secara langsung dan tidak langsung sebanyak 30% pada tahun 2025 dan 45% pada tahun 2030.

Penjagaan Alam Sekitar.

Satu lagi aspek penting dalam agenda Gamuda Parks adalah untuk menyokong pengurusan sisa dan bahan yang lebih baik. Khariza turut menjelaskan bahawa, “Hasil kajian daripada penyelidikan ini akan menyediakan garis panduan yang jelas untuk pasukan penyelenggaraan menguruskan sisa keseluruhan di perbandaran kami dengan lebih baik.

“Pada masa sama, penambahbaikan dalam pengurusan sisa buangan makanan akan meningkatkan keseluruhan pembangunan Gamuda Land kerana menggunakan bahan kompos sebagai baja untuk pertumbuhan flora di kawasan tersebut.”

Usaha mempertingkatkan pengurusan sisa dapat membantu meminimumkan tapak pelupusan dengan menyediakan lebih tumbuhan dalam perbandaran Gamuda Land.

Inisiatif Gamuda Parks.

Gamuda Land melalui Gamuda Parks secara progresif telah berhasrat untuk menjaga pemuliharaan biodiversiti menerusi audit biodiversiti yang berterusan dan latihan penyusunan data di beberapa perbandaran Gamuda Land. Pada masa sama, penggubalan dan penerbitan Dasar Biodiversiti Gamuda Parks juga dilaksanakan.

Sehingga kini, kami telah menyelesaikan tujuh audit biodiversiti dengan tiga lagi sedang dijalankan untuk menilai kesihatan keseluruhan persekitaran semula jadi pembangunan kami di Malaysia. Pengauditan ini dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan menunjukkan peningkatan ketara dalam bilangan spesies di perbandaran kami termasuklah spesies burung migrasi dan senarai merah IUCN.

Pengarah Eksekutif Gamuda Land Khariza Abd Khalid.

Gamuda Parks merupakan inisiatif yang dipacu sendiri oleh Gamuda Land dengan mandat untuk melaksanakan pengurusan holistik dan konsistensi kepada pengayaan biodiversiti, pemuliharaan, pendidikan alam semula jadi serta usaha reka bentuk dalam penyelenggaraan di seluruh perbandarannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.