fbpx
Now Reading
Lelaki 27 Tahun Di China Miliki Fizikal Seperti Budak, Akui Sukar Diterima Bekerja

Lelaki 27 Tahun Di China Miliki Fizikal Seperti Budak, Akui Sukar Diterima Bekerja

Kebanyakan majikan tidak mempercayai umur sebenar dirinya dan mereka juga tidak mahu pihak berkuasa menuduh mereka mengambil kanak-kanak sebagai buruh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Dongguan, China menghadapi masalah mencari pekerjaan berikutan fizikalnya yang kelihatan seperti kanak-kanak berbanding usia sebenarnya.

Menurut laporan Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Mao Sheng itu kelihatan sangat muda berbanding individu lain yang seusianya, malah ramai yang bersetuju bahawa dia kelihatan seperti kebudak-budakan.

Dakwa ia satu sumpahan

Walaupun segelintir orang menganggap itu sebagai satu rahmat, tetapi Mao mendakwa ia adalah satu sumpahan, kerana perkara tersebut menghalangnya dirinya daripada mendapat pekerjaan.

Kebanyakan majikan tidak mempercayai umur sebenarnya dan mereka juga tidak mahu pihak berkuasa menuduh mereka mengambil kanak-kanak sebagai buruh.

Mao Sheng mula menjadi perhatian dan sensasi di China pada minggu lalu, selepas rakaman video dirinya menjadi tular di laman TikTok (douyin.com).

Menerusi perkongsian video tersebut, Mao mendedahkan usia sebenar dan mengadu tidak dapat mencari pekerjaan untuk menyara bapanya yang sedang pulih daripada penyakit strok.

Lelaki muda itu pernah meminta pekerjaan di beberapa kilang tempatan bersama seorang lagi rakan, tetapi nasib tidak menyebelahi dirinya.

Kisah Mou menyentuh hati berjuta rakyat di China

Kisah Mao turut menyentuh hati berjuta rakyat di seluruh China. Malah, kebanyakannya menyelar tindakan majikan tersebut yang tidak memberi peluang pekerjaan hanya kerana fizikalnya seperti kanak-kanak.

Bagaimanapun, sinar harapan mula kelihatan selepas dia menjadi terkenal di media sosial, terdapat ramai usahawan yang cuba menghubungi dan menawarkan pekerjaan kepadanya.

Satu lagi video yang disiarkan di TikTok beberapa hari lalu mendedahkan Mao menerima salah satu tawaran pekerjaan.

Dalam pada itu, Mao berharap untuk mencari teman wanita dan memulakan kehidupan berkeluarga.

Walaupun kisah Mao Sheng telah mendapat liputan beberapa saluran berita di China, namun tiada seorang pun daripada mereka yang membahas soal perubatan untuk wajah muda berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.