fbpx
Now Reading
Rezeki Jadi Sempit Sebab Tak Tutup Pintu Tandas Di Rumah
Tak tutup pintu tandas punca rezeki jadi sempit

Rezeki Jadi Sempit Sebab Tak Tutup Pintu Tandas Di Rumah

Tanpa disedari rupanya terdapat perkara yang berlaku di sekeliling kita menjadi punca kepada kesempitan rezeki antaranya adalah tidak menutup pintu tandas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap hari kita pasti berdoa agar Allah SWT sentiasa memberikan kurniaan rezeki yang melimpah ruah dalam kehidupan kita.

Namun tanpa disedari mungkin ada beberapa perkara yang dilakukan menjadi asbab rezeki menjadi sempit dan susah.

Tak tutup tandas punca rezeki sempit

Memetik laporan Kosmo, berdasarkan perkongsian seorang pengguna di laman Facebook, Maryam Salleh menyatakan tindakan tidak menutup pintu tandas di rumah menjadi antara lima sebab seorang itu sukar mendapatkan rezeki.

Jelasnya, antara sebab rezeki menjadi sukar dan sempit sebenarnya datang dari dalam rumah sendiri sebagai contoh sinki dapur penuh dengan perkakas dapur yang tidak dicuci sebelum masuk tidur.

Terdapat beberapa faktor lain rezeki jadi sempit

“Punca lain termasuk, sampah dalam rumah perlulah diikat dan ditutup rapat sebelum penghuni rumah tidur serta pastikan juga rumah bebas daripada sawang.

“Tandas kotor dan tidak dibersihkan antara punca terakhir kenapa rezeki susah diterima, tandas merupakan tempat jin dan syaitan berkumpul, jika tandas kotor maka golongan jin ini lebih suka berada di situ,” jelasnya.

Menurut Maryam, rezeki sememangnya hadir dalam banyak cara tetapi kita hendaklah bersedia untuk memastikan rezeki yang datang tersebut tepat kepada kita.

Kurangnya rezeki adalah berpunca daripada diri kita sendiri khususnya jika keadaan di dalam rumah tangga yang tidak terjaga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.