fbpx
Now Reading
“Tak Nak Gelak, Nanti Terkena” – Kereta Mengundur Masa Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]
kereta mengundur semasa ujian memandu buat ramai terhibur

“Tak Nak Gelak, Nanti Terkena” – Kereta Mengundur Masa Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Situasi kenderaan mengundur itu bagaimanapun telah membuatkan orang ramai terhibur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lesen memandu merupakan dokumen yang sangat penting buat seseorang yang ingin memandu. Malah, tanpa lesen anda mungkin disaman oleh polis kerana ia boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bercerita tentang lesen memandu, pasti kita pernah mendengar pelbagai kisah daripada orang sekeliling tentang pengalaman mereka ketika mengambil lesen.

Tidak dinafikan mengambil lesen memandu ini bukanlah sesuatu yang mudah namun ia juga tidaklah susah, jika mengikut seperti arahan yang diberikan oleh tenaga pengajar pasti anda boleh berjaya.

Akan tetapi, apabila sedang berdepan dengan ujian pastinya ada yang merasa gementar sehingga menyebabkan seseorang itu lupa dengan apa yang patut dilakukan.

Jalani ujian memandu

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Acong yang memaparkan sebuah kenderaan yang sedang menjalani ujian memandu untuk mendapatkan lesen kereta.

Dalam video tersebut, kelihatan dua orang pelajar yang sedang berhenti di atas bukit di sebuah pusat memandu sambil diperhatikan oleh seorang petugas.

Malah kedengaran bunyi pedal minyak ditekan di dalam video bagi membolehkan kenderaan tersebut berjalan ke hadapan.

Pelajar gagal kerana kereta berundur

Namun, secara tiba-tiba kelihatan salah sebuah kenderaan itu berundur ke belakang lalu turun ke bawah bukit dan sekaligus membuatkan pelajar berkenaan gagal dalam ujian yang diambilnya.

Meskipun kasihatan melihat pelajar itu kerana gagal dalam ujiannya tetapi video tersebut telah membuatkan orang ramai terhibur.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka ketika menjalani ujian memandu suatu ketika dahulu.

Pelajar mungkin tersalah masuk gear

Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat andaian bahawa pelajar tersebut mungkin tersalah masuk gear hingga menyebabkan kenderaan tersebut mengundur ke belakang.

‘Aku dulu mengaum juga, nasib tak mengundur’

‘Tak boleh gelak takut jadi dekat diri sendiri’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.