fbpx
Now Reading
Dah Sebulan Reput, Mayat Dua Beradik Ditemui Terbaring Di Dalam Rumah

Dah Sebulan Reput, Mayat Dua Beradik Ditemui Terbaring Di Dalam Rumah

Pihak polis mengesahkan tiada sebarang tanda pencerobohan di rumah kedua beradik itu dan tiada punca yang jelas dapat dikaitkan dengan kematian mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kegagalan membayar sewa menjadi punca penemuan mayat dua beradik yang berasal dari Arab Saudi di sebuah apartmen di Kawasan Canterbury, Sydney, Australia.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Metro UK, sehingga kini, pihak polis masih tidak dapat menjumpai punca kematian dua beradik perempuan itu.

Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Asra Abdullah Alsehli, 24 tahun, dan adiknya Amaal Abdullah Alsehli, berusia 23 tahun.

Pemeriksaan pasukan kebajikan di alamat berkenaan adalah disebabkan kegagalan mereka membayar sewa rumah tersebut.

Pihak polis yang berada di tempat kejadian terkejut apabila menemui dua mayat di rumah itu dan mengesyaki mayat tersebut telah reput selama lebih kurang sebulan.

Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan tiada tanda-tanda pencerobohan di rumah mangsa dan tiada punca yang jelas dapat dikaitkan dengan kematian mereka.

Hubungan kedua beradik dalam keadaan baik

Terdahulu, media melaporkan dua beradik tersebut berasal dari Arab Saudi serta menambah bahawa hubungan mereka adalah dalam keadaan yang baik.

Dalam pada itu, Konsulat Arab Saudi di Sydney dilaporkan akan membantu pihak polis menyiasat punca kematian tragis dua beradik tersebut.

Menurut laporan, kedua-dua beradik itu dipercayai telah meninggalkan Arab Saudi pada 2017.

Mereka dikatakan sangat jarang dilihat di kawasan apartmen terbabit dan tiada sesiapa yang sedar apa-apa yang tidak kena mengenai rumah tersebut sehinggalah selepas penemuan mayat kedua-dua beradik itu.

Kes kematian tragis itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.