Guru Lelaki Sebar Video Tak Senonoh Bersama Guru Wanita Dalam Grup WhatsApp Tanpa Motif Sebenar

Tidak tahu apa yang difikirkan seorang guru lelaki di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat, Indonesia telah bertindak memuat naik video tidak senonohnya bersama seorang guru wanita di dalam kumpulan Whatsapp PGRI.

Lebih mengejutkan lagi, guru lelaki yang berusia 51 tahun yang dikenali sebagai KA (bukan nama sebenar) tidak hanya menghantar video tetapi turut berkongsikan lima gambar tidak senonoh guru wanita yang berusia 41 tahun itu.

Menerusi laporan Kompas.com, dua hari selepas tersebarnya video berkenaan perkara tersebut telah dilaporkan kepada pengetua sekolah di tempat mereka mengajar di Dinas Pendidikan Ciamis, Indonesia.

Guru lelaki tidak dapat dikesan lepas kongsi video tak senonoh

Bukan itu sahaja, keberadaan guru lelaki tersebut turut tidak dapat dikesan selepas dia memuat naik video berkenaan serta tidak menjawab panggilan daripada Pejabat Pendidikan mahupun pihak polis.

Berdasarkan maklumat dari keluarganya, guru lelaki berkenaan telah keluar dari rumah dan hubungan dengan keluarganya terputus sejak 11 Julai yang lalu.

“Menurut kenyataan isterinya, KA keluar rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal dan tidak membawa apa-apa sejak 11 Julai lepas. Keluarga juga telah terputus hubungan dengannya,” kata Endang Kuswana iaitu Setiausaha Dinas Pendidikan Ciamis.

Guru wanita dipanggil untuk bantu siasatan

Sementara itu, guru wanita yang dikenali sebagai Li (bukan nama sebenar) telah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan.

Dia kemudian hadir dan ditemani oleh suami serta pengetua sekolahnya.

Menurut Endang, guru wanita itu dalam masa sama turut mengakui bahawa individu di dalam video tersebut adalah dirinya.

Foto: Freepik

Video diambil lima tahun lalu

Jelasnya, video tersebut terjadi kira-kira pada lima tahun yang lalu, namun dia tidak mempunyai video serta gambar tidak senonoh itu.

“Perkara itu telah berlaku lima tahun lalu. Tetapi ia telah dimuat naik pada 12 Julai lalu jam 12.39 pagi menerusi kumpulan WhatsApp PGRI yang dikongsikan oleh KA. Namun, tujuan ia dimuat naik tidak diketahui,” kata Endang lagi.

Menerusi video yang berdurasi selama 2 minit 50 saat itu, memaparkan satu adegan yang didakwa diambil di dalam sebuah bilik.

Selain merakam wajah kedua-dua guru berkenaan, objek lain yang turut kelihatan adalah kipas serta tingkap di dalam bilik tersebut.

Pengendalian kes maksiat itu masih dalam proses perundangan

Mengulas lanjut, Endang memaklumkan pengendalian kes maksiat dua guru sekolah rendah tersebut masih menunggu hasil proses perundang yang dikendalikan oleh Aparat Penguatkuasa Undang-Undang (APH).

Difahamkan berikutan tular video tersebut, guru wanita itu sukar untuk datang mengajar ke sekolah, dia bagaimanapun tidak dinasihatkan untuk mengambil cuti kerana tidak mempunyai sebab.

Guru tidak hadir sekolah, cadang jumpa doktor jika tak sihat

Foto: Pexels

Endang Kuswana turut mencadangkan agar guru wanita itu untuk membuat pemeriksaan kepada doktor sekiranya berasa tidak sihat.

“Kami tidak mengesyorkan dia keluar kerana tidak mempunyai sebab. Jika dia sakit saya sarankan dia membuat pemeriksaan doktor,” katanya.

Namun, hingga 27 Julai lalu, kedua-dua guru berkenaan masih tidak hadir ke sekolah dan ramai ibu bapa enggan pendidik itu kembali ke sekolah tersebut.

Ada ibu bapa yang enggan guru tersebut mengajar

“Terdapat sebilangan ibu bapa yang menafikan kewujudan mereka dan tidak mahu guru yang tidak bertanggungjawab tersebut terus mengajar,” kata Rahman Wabil, Ketua Kampung Setempat.

Akan tetapi, mereka sanggup menerima kedua-dua guru itu semula selepas mereka menjalani proses mediasi.

“Selepas dimediasi, kini ibu bapa tidak lagi menolak dan pertimbangan tersebut dilakukan kerana sekolah kekurangan guru serta tiada sesiapa yang akan menggantikannya.

“Bagaimanapun, seorang guru lelaki yang hilang dan seorang lagi tidak hadir ke sekolah mungkin kerana malu,” jelas Wabil lagi.

Guru wanita ambil keputusan letak jawatan daripada mengajar

Sementara itu, semasa guru wanita itu diminta untuk membuat penjelasan berkenaan video tersebut dia memilih untuk meletakkan jawatan di tempat mengajar.

Jawatan kedua-dua guru berkenaan kemudian digantikan dengan guru ganti dari kelas lain.

Kredit foto: Freepik & Pexels

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

10 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago