fbpx
Now Reading
‘Tiada Kotoran Dan Ada Bau Wangi’ – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ketika Menguruskan Jenazah
lelaki kongsi kisah jenazah wanita bau harum ketika dimandikan

‘Tiada Kotoran Dan Ada Bau Wangi’ – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ketika Menguruskan Jenazah

Arif turut memaklumkan jenazah wanita yang berbau wangi itu ketika hidup selalu memberi sedekah makanan tanpa diketahui oleh orang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengurusan jenazah merupakan salah satu fardhu kifayah yang wajib dilakukan oleh setiap anggota masyarakat dan berdosa hukumnya sekiranya ia tidak diuruskan seperti yang ditetapkan.

Akan tetapi, ada juga segelintir individu yang menjadikan pengurusan jenazah ini sebagai perkerjaan tetap mereka dan adakalanya mereka turut berkongsikan kisah berkenaan pengalaman mereka dalam melakukan tugasan tersebut.

Jenazah wanita berbau wangi

Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter, Arif Syazwan yang berkongsi pengalamannya sewaktu sedang mengimamkan jenazah wanita yang meninggal dunia yang berbau wangi.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh individu yang bertanggungjawab memandikan jenazah wanita yang berusia sekitar 40-an dan mereka mendapati tiada sebarang kekotoran di badannya malah dia berbau harum serta arwah ketika hidupnya selalu bersedekah.

Tiada sebarang kekotoran di tubuh arwah

“Khamis (28 Julai) lepas, imamkan solat jenazah seorang perempuan meninggal dalam umur 40-an, orang yang mandikan jenazah cerita dekat tubuh arwah tiada kotoran dan ada bau wangi.

“Rupanya ketika arwah hidup selalu sedekah makanan tetapi tidak diketahui orang pun, hebatnya ya Allah SWT amalan beliau,” ciapnya di Twitter.

Dia turut berkata jika Allah SWT mahu mengangkat darjat seseorang tidak mengira siapapun dia pasti Allah SWT akan memberikan kemuliaan kepada seseorang itu.

Teringat kepada beberapa kisah kematian yang lain

Jelasnya sepanjang melibatkan diri di dalam pegurusan jenazah, kebanyakan yang meninggal dunia adalah orang yang biasa sahaja, tetapi Allah SWT memilih dia meninggal dalam keadaan mulia sehingga membuatkan dirinya teringat kepada beberapa kematian yang lain.

“Masih teringat lagi arwah Pak Berahim yang meninggal setelah angkat takbir, Arwah Kak Ina meninggal ketika sedang tunggu solat terawih.

“Dan bilal surau yang meninggal setelah melaungkan azan, dia baring sekejap dan terus diambil Allah SWT nyawanya. Mungkin kita lihat orang tu biasa sahaja dari sudut zahir tetapi di sisi Allah SWT ada kedudukan yang istimewa daripada kita,” jelas Arif lagi.

Kematian adalah tazkirah berkesan untuk menyedarkan diri

Dia dalam masa yang sama turut berfikir bagaimanakah pengakhiran dirinya nanti? Serta menyatakan kematian merupakan tazkirah yang paling berkesan sekali.

Ketika ditanya, bagaimanakah dia mengetahui tentang amalan jenazah wanita yang meninggal dunia itu sedangkan ia tidak diketahui oleh orang ramai?

Kisah arwah selalu bersedekah diceritakan oleh anak jenazah

Jawabnya perkara itu diberitahu oleh anak arwah yang menceritakan perkara tersebut kepada individu yang memandikan jenazah ibunya.

Ciapan tersebut bagaimanapun turut mendapat perhatian ramai yang berdoa agar mereka turut mendapat pengakhiran hidup yang baik serta menjadikan kisah tersebut sebagai contoh yang patut diikuti.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama seperti yang diceritakan oleh Arif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.