Pelanggan Terkejut Ayam Rangup Yang Dipesan Menyerupai Seperti Seekor Tikus [Video]

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi apabila anda memesan makanan lain tetapi lain pula yang diberikan? Perkara itu pasti membuatkan anda berhadapan dengan pelbagai perasaan bercampur baur seperti marah, kecewa dan ada juga yang terkejut.

Namun bayangkan jika makanan yang anda pesan kelihatan sedikit berbeza dari biasa dan menyerupai sesuatu yang menjijikkan.. seperti tikus? Err

Terbaharu, tular di Indonesia satu video di mana seorang pelanggan meluahkan rasa terkejut apabila ayam rangup yang dipesannya mempunyai ekor seperti tikus.

Bungkus ayam rangup dari sebuah restoran

Menerusi laporan Suara Jogja, dalam hantaran yang dimuat naik di sebuah laman Instagram, seorang pelanggan telah memesan ayam rangup dari sebuah restoran sebelum membawanya pulang.

Dia seterusnya bercadang untuk menikmati makanan yang dibungkus tersebut apabila sampai di rumah.

Jumpa ekor panjang warna hitam bentuk macam tikus

Namun, apa yang memeranjatkan pelanggan tersebut ketika dia membuka makanan tersebut kelihatan ayam itu lain kerana mempunyai ekor yang panjang serta berwarna hitam. Malah, ia juga memiliki bentuk seperti seekor tikus.

Dia juga sempat menekan ayam tersebut untuk merasai teksturnya dan mendapati ia sedikit keras berbanding ayam biasa.

Menerusi video tersebut, dipercayai ayam rangup yang dipesan tersebut bukanlah haiwan itu tetapi seekor tikus, kerana mempunyai ekor yang panjang.

Ayam tidak mempunyai ekor panjang serta tekstur yang keras

Ini kerana, ayam tidak mempunyai ekor yang panjang seperti yang dikongsikan oleh pelanggan selain tidak mempunyai tekstur daging yang keras.

Dalam video itu, turut kedengaran suara pelanggan tersebut memanggil ibunya untuk melihat makanan berkenaan.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terkejut dengan apa yang ditunjukkan oleh pelanggan tersebut dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi sama.

“Kalau tengok ekornya seperti tikus’

“Sebenarnya jadi malas nak beli makanan di luar, sejak dari hari tu beli makanan mesti ada sesuatu”

“Pernah juga jumpa seperti itu, tapi tak pasti apa. Lebih baik dijelaskan dulu apa sebenarnya”

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

12 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago