fbpx
Now Reading
Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tertidur Atas Telefon Yang Dicas

Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik Selepas Tertidur Atas Telefon Yang Dicas

Mangsa yang dikenali sebagai Khorn Srey Pov, 17 baru sahaja selesai mandi sebelum dia tertidur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang gadis di Kemboja maut terkena renjatan elektrik selepas dia tertidur di atas telefon pintarnya yang sedang dicas.

Dalam kejadian yang berlaku pada 27 Julai lalu di daerah Sambo, Kratie, mangsa yang dikenali sebagai Khorn Srey Pov, 17 dan berasal dari daerah terdekat baru sahaja selesai mandi sebelum dia tertidur.

Namun sebelum terlelap, dia difahamkan telah mengecas telefon bimbitnya itu sambil membuka lampu suluh pada peranti berkenaan.

Menurut laporan Khmer Times, mangsa yang merupakan seorang penterjermah bahasa Mandarin di sebuah syarikat perlombongan emas ditemui mati di dalam biliknya dalam keadaan badannya berada di atas telefon bimbit tersebut yang masih lagi bersambung pada pengecas.

Foto : Police Commissariat Of Kreatie Province

Sejurus mendapat laporan, pihak berkuasa yang terdiri dari pasukan polis daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama-sama pasukan perubatan serta pasukan teknikal dan saintifik wilayah bergegas tempat kejadian.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati mangsa telah meninggal dunia akibat renjatan elektrik dengan kuasa voltan tinggi.

Foto : Police Commissariat Of Kreatie Province

Menerusi laporan The Sun, insiden itu telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan pengguna media sosial di sana.

“Mereka sepatutnya mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan barangan elektrik,” kata seorang pengguna.

“Saya lihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup dan insiden seperti ini sering berlaku,” luah seorang lagi netizen.

Ada juga yang merasakan orang ramai tidak patut berada bersama alatan elektronik ketika berada di atas katil meskipun dalam keadaan kering.

Meskipun sudah berlaku beberapa insiden serupa sebelum ini, beberapa pakar berpendapat kemungkinan untuk seseorang terkena renjatan elektrik oleh pengecas adalah rendah.

Sekitar tahun 2013, Apple telah menyiasat kematian seorang wanita di China yang dilaporkan terkena renjatan elektrik selepas menjawab panggilan pada iPhone 5 miliknya semasa ia sedang dicas.

Pada Februari lalu pula, seorang remaja Angel Andrada berusia 18 tahun di Argentina maut selepas selepas meninggalkan meja makan keluarga untuk mengecas telefonnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.