fbpx
Now Reading
Sambut Hari Jadi Anak, Keluarga Ini Bagi KFC Pada Jiran Beragama Islam
Jiran beri makanan pada jiran yang beragama islam

Sambut Hari Jadi Anak, Keluarga Ini Bagi KFC Pada Jiran Beragama Islam

Ashikin turut menghargai usaha baik yang dilakukan oleh jirannya itu dengan memberi makanan kepada mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali melihat ada khemah yang terpacak di hadapan rumah jiran, secara umumnya pasti akan ada majlis keraian yang akan dilakukan seperti perkahwinan, doa selamat, majlis hari jadi serta banyak lagi.

Kebiasaannya apabila ada majlis keraian sebegini, pasti jiran tertangga akan dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut tanpa mengira bangsa.

Tunjuk semangat perpaduan dikalangan jiran

Terbaharu, tular sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menunjukkan semangat perpaduan di kalangan jiran di Jenjarom, Selangor.

Memetik laporan World Of Buzz, video tersebut telah dimuat naik oleh seorang wanita yang berusia 33 tahun dan dikenali sebagai Siti Nur Ashikin yang bekerja sebagai ejen takaful.

Menerusi video yang berdurasi selama 7 saat itu, Ashikin berkongsi tentang jirannya yang berbangsa cina yang telah membuat satu majlis meraikan hari jadi anak mereka.

Tetapi jirannya itu tidak menjemputnya kerana mereka menghidangkan makanan yang tidak halal semasa majlis itu berlangsung.

@eikinhanipah

It tooks an effort to do this though and i do appreciate this. Thank youuuu Ah Kit & Family ❤️ nanti i belanja u fried mihun my mom buat yang wife u suka 😁 #satumalaysia #noracistnoproblem #kitahidupamandamai

♬ Эта любовь – Amirchik

Melihat kemeriahan dari rumah sahaja

Dia yang tidak mahu memikirkan perkara tersebut hanya memerhatikan kemeriahan majlis itu dari rumah sahaja.

Namun, apa yang memeranjatkan tidak lama selepas itu jirannya itu telah datang dan meminta agar Ashikin tidak membeli makanan untuk makan malam kerana telah memesan Kentucky Fried Chicken (KFC) untuknya dan keluarga.

Ashikin kemudian berasa sangat terharu tatkala menerima makanan tersebut.

Tak sangka jiran sanggup hantar makanan ke rumah

“Saya tak sangka jiran saya begitu baik hati. Melakukan majlis pasti memerlukan kos yang tinggi. Malah mereka turut memberi kami burger dan juga ayam. Sudah tentu ia tidak murah,” katanya kepada World of Buzz.

Ashikin turut mengucapkan terima kasih kepada jirannya itu dan menghargai setiap usaha baik yang dilakukan. Bagi membalas jasa mereka dia kemudian meminta ibunya untuk memasak bihun yang menjadi kegemaran jiran mereka itu.

Tambahnya lagi, dia turut memberitahu World Of Buzz bahawa jirannya itu memaklumkan kepadanya mereka bakal mengadakan majlis dalam satu ke dua minggu akan datang.

Melihat perkara seperti ini pasti membuatkan kita berasa gembira serta menunjukkan kita tidak melakukan terlalu banyak perkara untuk menunjukkan semangat Malaysia yang sebenar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai seronok melihat kemesraan itu dan menyifatkan jirannya itu baik dan menjaga silaturahim sesama jiran.

“Nice lah ada jiran baik hati”

“Kami selalu buat macam ni terutama ketika hari krismas dan hari gawai. Malah kami megambil katering dari restoran yang halal untuk kawan yang beragama Islam”

“Bagus dia jaga adab dengan jiran”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.