fbpx
Suami wqjib sediakan rumah

Suami Wajib Mencari Rumah Lain Jika Ibu Bapa Tak Sehaluan Dengan Isteri [Video]

Jelas Ustaz Azhar Idrus tidak sah untuk suami menunaikan kewajipan rumah tangganya sekira seorang isteri itu duduk di dalam rumah yang ada orang berkelahi dengannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan memulakan kehidupan mereka dengan menduduki rumah sendiri.

Namun, tidak dinafikan ramai juga yang memilih untuk menetap di rumah ibu bapa atas beberapa faktor seperti kewangan, kesihatan ibu bapa serta banyak lagi.

Apabila sudah duduk bersama dengan ibu bapa, tidak semua orang akan selesa dengan kehadiran orang baru malah ada juga yang bertikam lidah dek kerana tidak puas hati sehingga mendatangkan keburukkan kepada sesebuah perhubungan itu.

Suami wajib sediakan rumah untuk isteri

Baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat di antara isteri dan ibu bapa wajib bagi seorang suami itu untuk menyediakan rumah yang berlainan.

Kata penceramah terkenal itu, jika seseorang isteri itu tidak boleh lagi tinggal bersama keluarga mentua, suami perlulah mencari kediaman lain buatnya.

Rumah yang diduduki isteri mestilah tidak ada seorang pun yang berselisih pendapat dengannya

“Ini kerana kewajipan menyediakan nafkah rumah untuk isteri mestilah di rumah itu tidak ada seorang yang berkelahi dengannya.

“Kalau ada seseorang yang berkelahi dengan isteri, maka tidak sah bagi suami tunaikan kewajipan nafkah rumah tangganya,” jelas Ustaz Azhar Idrus.

Perkara itu dikongsikan beliau sewaktu menjawab soalan yang diajukan oleh seorang individu berhubung hukum tidak mengizinkan ibu bapa tinggal bersama disebabkan tidak mahu ada salah faham di antara isteri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.