fbpx
Now Reading
Ibu Muda Sanggup Jual Bahan P*rno Demi Raih Populariti Di Media Sosial

Ibu Muda Sanggup Jual Bahan P*rno Demi Raih Populariti Di Media Sosial

Pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan tak senonoh yang dilakukan oleh wanita itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ibu muda berdepan hukuman penjara yang panjang selepas disyaki memuat naik kandungan pornografi dirinya sendiri semata-mata untuk meraih populariti di media sosial.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Coconut News, Polis di Garut, Jawa Barat, Indonesia menahan ibu muda yang berusia 20 tahun itu selepas dia dituduh menjual video tidak senonoh melalui media sosial untuk menjana pendapatan.

Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, wanita berkenaan yang dikenali sebagai DC itu didakwa telah melanggar Akta Undang-Undang Pornografi Indonesia dan Akta Maklumat dan Transaksi Elektronik (UU ITE).

Berdepan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM299,000

“Dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun dan denda 1 billion rupiah (RM299,000),” katanya.

Menurut Wirdhanto, pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan tak senonoh yang dilakukan oleh DC.

Susulan laporan yang diterima itu, pihak polis telah bergegas menahan suspek di sebuah apartmen di ibu Kota Jawa Barat, Bandung.

Mendapat maklumat dan bukti dari aplikasi OnlyFans

Dalam pada itu, polis berjaya mendapatkan maklumat dan bukti melalui aplikasi OnlyFans yang digunapakai wanita itu, DC menyiarkan secara langsung video yang menampilkan dirinya di platform tersebut.

Mereka yang ingin melihat lebih banyak gambar dan video intim wanita itu perlu mendapatkan akses dengan cara melanggan. Langganan akan sah hanya selepas pembayaran wang dilakukan.

DC dikatakan sudah bergiat aktif dalam kegiatan menjual bahan-bahan pornografi dirinya selama kira-kira dua bulan sebelum perbuatannnya itu dihidu oleh pihak polis.

Untuk Rekod, mencipta dan menyebarkan bahan kandungan orang dewasa di negara Garuda itu merupakan satu kesalahan dan akan berdepan ancaman pendakwaan yang sangat serius kerana undang-undang negara yang melarang pornografi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.