fbpx
Now Reading
Tak Nak Si Cucu Keluar Bermain, Pasangan Suami Isteri Nekad Rantai Budak 11 Tahun
Kanak-kanak 11 tahun dirantai kaki kerana datuk dan nenek enggan beri keluar

Tak Nak Si Cucu Keluar Bermain, Pasangan Suami Isteri Nekad Rantai Budak 11 Tahun

Kanak-kanak tersebut turut diugut akan diletakkan semut untuk mengigitnya jika dia menanggalkan rantai itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepasang suami isteri dari wilayah Buriram, Thailand mengakui telah merantai cucunya yang berusia 11 tahun pada tiang serta memukul kanak-kanak itu dengan kayu.

Susulan itu, perkhidmatan sosial telah tampil bagi menyiasat di rumah pasangan itu di daerah Lam Plai Mat pada 1 Ogos, selepas seorang lelaki menyiarkan video berkenaan kanak-kanak tersebut diikat dengan rantai di media sosial disebabkan bimbang akan keselamatannya.

Segera ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak dirantai pada tiang

Memetik laporan Thaiger, pegawai perkhidmatan sosial Buriram dan pegawai Balai Polis Lam Plai Mat dengan segera bergegas ke tempat kejadian kes tersebut setelah menonton video yang tular itu di media sosial.

Ketika sampai di tempat kejadian didapati kanak-kanak tersebut sedang dirantai pada tiang di rumah datuk dan neneknya.

Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai A (bukan nama sebenar) memaklumkan kepada perkhidmatan sosial dan polis bahawa datuk dan nenek yang membesarkannya sejak kecil telah merantainya untuk menghalang budak itu dari keluar rumah.

Kanak-kanak teringin keluar kerana sunyi dan mahu bermain

Jelas A, ada kalanya dia berasa sunyi dan mahu bermain di luar seperti rakan-rakan lain, tetapi jika dia berbuat demikian datuk dan nenek akan bertindak memukul dengan kayu apabila pulang ke rumah.

Katanya, pasangan itu turut mengugut A jika dia menanggalkan rantai tersebut dan menyelinap keluar dari rumah mereka akan membawa semut merah untuk menggigitnya.

A juga memaklumkan kepada polis bahawa kedua-dua mereka telah mencekiknya serta membuatkan dia berasa takut dah kesakitan.

Datuk dan nenek mengaku rantai cucu

Datuk dan nenek A kemudian mengakui telah melakukan perbuatan merantai cucunya ke tiang bagi menghalang kanak-kanak tersebut keluar dari rumah.

Pasangan itu turut memaklumkan kepada polis bahawa A merupakan seorang yang degil serta suka melarikan diri apabila mereka keluar bekerja sehingga ada kalanya pulang pada waktu gelap dan terus melarikan diri sehingga membuatkan mereka terpaksa merantainya.

Rantai sebab nak jaga keselamatan, dakwa A pernah dirogol

Jelasnya, tindakan tersebut dilakukan adalah kerana mahu menjaga keselamatannya.

Tambahnya, mereka memberitahu kepada polis pernah satu ketika A menyelinap keluar dari rumah untuk bermain dan mendakwa kanak-kanak itu pernah dirogol oleh seorang lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai “Love”.

“Lelaki berkenaan telah memperdayanya dengan membawa kanak-kanak tersebut membeli gula-gula sebelum bertindak merogolnya,” kata datuk dan nenek kanak-kanak itu.

Insiden itu telah membuatkan pasangan tersebut berasa takut ia akan terjadi sekali lagi sekaligus membuatkan mereka bertindak untuk merantai kaki pada tiang untuk menghalangnya daripada keluar dari rumah ketika mereka tiada.

Peniaga ayam maklum pernah lihat kanak-kanak tersebut dihukum berkali-kali

Seorang peniaga ayam panggang warga tempatan, Chor Wanitklang memaklumkan kepada polis bahawa dia pernah melihat pasangan itu menghukum A berkali-kali sebelum ini kerana A degil dan tidak mematuhi mereka.

Jelas Chor, pada awalnya dia tidak mahu masuk campur kerana ia merupakan urusan keluarga, namun setelah melihat A dirantai pada sebatang tiang membuatkan dia mahu membantu kanak-kanak tersebut.

Malah dia telah melihat A dirantai berkali-kali sebelum akhirnya membuat keputusan untuk campur tangan.

Minta bantuan daripada anak sebelum siarkan video ke media sosial

Chor kemudian meminta anaknya untuk merakam video A serta menyiarkan dia media sosial serta memohon agar agensi berkaitan membantunya untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

“Meskipun anak itu nakal, tetapi kanak-kanak itu tidak seharusnya dilayan sebegitu ganas,” jelasnya.

Sementara itu perkhidmatan sosial menjelaskan mereka akan memastikan A tidak diperlakukan seperti itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.