fbpx
Now Reading
Uji Rashid Syukur Keadaan Cico Semakin Baik
Cico semakin sihat

Uji Rashid Syukur Keadaan Cico Semakin Baik

Uji Rashid turut memaklumkan keadaan anaknya, Cico mengalami masalah selepas pelakon itu dianiaya oleh rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal dengan lagu ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ di era 70-an, Uji Rashid memanjatkan rasa syukur kepada ilahi kerana keadaan kesihatan anaknya, Cico kini dilaporkan semakin pulih.

Memetik laporan Harian Metro, jelas Uji Rashid secara keseluruhannya keadaan kesihatan Cico semakin membaik, tetapi dari segi percakapan masih belum lancar.

Keadaan anak Uji Rashid baik

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, keadaannya makin okay. Cuma percakapan dan pertuturan tak lancar.

“Kadangkala dia masih ingat-ingat lupa apa yang berlaku. Namun semakin hari keadaannya semakin baik. Syukurlah..,” ulas beliau semasa ditemui media pada 1 Ogos.

Kesal tular cerita tentang Cico dikatakan bisu dan buta huruf

Untuk rekod, pada April 2018, penyanyi era 70-an ini pernah meluahkan rasa kecewanya berhubung berita yang tular tentang keadaan anaknya yang dikatakan bisu serta buta huruf.

Katanya, dia berasa geram sewaktu berita berkenaan timbul kerana ia seolah-olah diadakan oleh beberapa pihak yang tak bertanggungjawab.

Cico alami masalah lepas dianiaya rakan

“Saya mengakui Cico ada mengalami masalah selepas dianiaya kawan-kawannya. Secara fizikalnya keadaan Cico okay. Memang dulu dia susah untuk bercakap, tetapi sekarang sudah ada perkembangan positif.

“Dia seperti budak-budak baru belajar. Dulu langsung tidak boleh kenal diri dan mengeja namanya. Racun itu beri kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya,” jelas Uji Rashid kepada Harian Metro.

Cico atau nama penuhnya Cico Harahap berumur 44 tahun telah disahkan mempunyai masalah kesihatan tersebut setelah keluar berjumpa dengan rakannya pada malam 25 Disember 2016.

Sesuatu dipercayai seperti racun telah dimasukkan dalam minuman Cico

Dipercayai sesuatu seperti racun telah diletakkan di dalam minumannya. Meskipun sudah mendapatkan rawatan di hospital, Uji terap mencuba beberapa alternatif lain seperti melakukan rawatan dari segi perubatan Islam.

Sementara itu, Uji Rashid turut menzahirkan rasa kesalnya terhadap segelintir portal yang tetap mengeluarkan berita yang dianggap sudah lama itu.

“Bodoh…bodoh. Orang macam itu bodoh. Dia tengok yang lama kemudian ulang balik tulis benda itu.

“Saya memang marah. Yang lama diulang semula. Kenapa? Bukan menolong namanya tapi menjahanamkan orang.

“Bukan apa, kita nak doakan orang sihat. Ini tak ada, mereka sengaja tambah lagi. Sumpahan mulut mereka amat menyakitkan,” ulas Uji Rashid lagi serta berharap agar cerita yang telah basi itu segera dihentikan.

Sepatutnya buat orang senang dan bahagia

Tambahnya, pihak berkenaan hendaklah melakukan sesuatu yang membuatkan orang senang serta bahagia.

“Carilah pahala. Tidak bagus. Kalau kena kepada batang hidung mereka, tahulah.

“Saya memang dah lama sabar. Cico kembali pulih apabila berzikir, solat dan ingat Tuhan. Itu saja yang paling afdal, paling bagus.

“Saya tak halang dia baca artikel begini kalau ada. Suka hati dia kerana dia ada akal fikiran.

“Cuma dia lambat bertindak balas kerana dah terkena dengan orang-orang yang tiada otak dan nak menjahanamkan dia,” kata penyanyi itu dalam keadaan sedikit emosi.

Doa agar individu yang menganiaya Cico bertaubat

Dia bagaimanapun mendoakan supaya pihak yang telah melakukan aniaya kepada anaknya untuk bertaubat dengan perbuatan mereka.

“Kita doakan juga yang baik-baik untuk mereka. Suatu hari mereka terbuka hati dan taubat iaitu taubat nasuha bukan sekadar di mulut.

“Mak mana yang tak marah jika anaknya diperlakukan begini,” jelas penyanyi veteran itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.