Pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sah sudah bercerai seperti yang tular di media sosial.
Berita duka tersebut disahkan sendiri oleh Noh dan Mizz Nina menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Menurut Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, keputusan untuk membawa haluan masing-masing dicapai selepas mereka berdua duduk berbincang.
Bersyukur untuk 11 tahun bersama
Noh dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasai hidup berumahtangga bersama Mizz Nina.
“Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana membenarkan kami menempuh cabaran, suka dan duka bersama selama 11 tahun.
”Kami juga ingin berterima kasih kepada penyokong di atas kasih sayang mereka. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan,” luah Noh lagi.