Bakal Diagihkan Mulai Bulan Ini, Kerajaan Guna Samsung Galaxy Tab A8 LTE Untuk Program PerantiSiswa
Tambah Annuar Musa lagi, kerajaan turut memutuskan agar kategori penerima program PerantiSiswa diperluaskan kepada pelajar Matrikulasi, IPG & ASWARA untuk fasa kedua.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selepas beberapa bulan pendaftaran dibuka, kerajaan hari ini mengumumkan proses pengagihan tablet pinjaman percuma bagi Program PerantiSiswa akan bermula secara berperingkat pada bulan ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sewaktu di Sidang Dewan Rakyat pada 4 Ogos berkata, proses tender untuk pemilihan peranti di bawah inisiatif itu telah pun selesai dilaksanakan pada penghujung Julai lalu.
Sehubungan itu, pihaknya telah mengenalpasti tablet berkualiti tinggi yang akan ditawarkan iaitu dari jenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang sudah berada di pasaran.
Tambah Annuar Musa lagi, kerajaan turut memutuskan agar kategori penerima program PerantiSiswa diperluaskan kepada pelajar Matrikulasi, IPG & ASWARA untuk fasa kedua.
Spesifikasi
Samsung Galaxy Tan A8 LTE yang sudah berada di pasaran tempatan sejak Januari 2022 ini hadir dengan skrin 10.5 inci dan beresolusi 1920×1200 daripada jenis TFT.
Dikuasai pemproses Okta-Core 2GHZ dan memori 4GB RAM, tablet ini turut hadir dengan kamera belakang 8MP ataupun kamera depan 5MP bagi sidang video manakala bagi aspek audio pula, speaker Quad Stereo peranti ini turut menyokong Dolby Atmos selain turut mempunyai bicu audio 3.5mm.
Dari penggunaan kuasa, Samsung Galaxy A8 dilengkapi sistem bateri berkapasiti 7,040mAh, namun pengguna perlu mendapatkan pengecas 15watt yang dijual berasingan.
Spesifikasi yang ditawarkan ini dilihat memenuhi spesifikasi minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu :
- Skrin 10.1” Paparan HD, 1280×800 pixel
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
Namun menerusi semakan kami, tablet ini masih kurang dua ciri yang ditetapkan iaitu perlu mempunyai papan kekunci bluetooth dan Pen stylus. Justeru kami menjangkakan kerajaan mungkin akan mendapatkan bekalan aksesori berkenaan daripada pihak ketiga.
Video
Terdahulu pada April, kerajaan telah membuka pendaftaran bagi Program PerantiSiswa yang dijangka dapat membantu seramai 350,000 para siswa yang tergolong dalam kumpulan ekonomi B40.