fbpx
Now Reading
Doktor Kelahiran Malaysia Diusir Dari New Zealand Gara-Gara Cabul 4 Pesakit Lelaki

Doktor Kelahiran Malaysia Diusir Dari New Zealand Gara-Gara Cabul 4 Pesakit Lelaki

Sebelum ini, David Lim menjalani hukuman penjara selama 5 tahun atas kesalahannya itu dan dihalau pulang serta tidak dibenarkan lagi kembali ke New Zealand.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang doktor kelahiran Malaysia yang tinggal di New Zealand telah dihantar pulang ke negara ini selepas menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan serangan seksual terhadap empat pesakit lelaki.

Menurut laporan NZ Herald, doktor yang dikenali sebagai David Kang Huat Lim itu disabitkan kesalahan mencabul empat pesakit tersebut ketika mereka dibius menggunakan Midazolam pada 2014.

Kesemua pesakit melihat Lim meraba alat sulit mereka

Keempat-empat mangsa memberitahu mahkamah, apabila sedar, mereka melihat Lim meraba alat sulit mereka. Perbuatan itu dilakukan di sebuah klinik di Hastings, New Zealand.

Susulan kejadian serangan seksual itu, Lim dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan turut diperintahkan dihalau keluar dari New Zealand semasa sedang menjalani hukuman penjara.

Ketika perbicaraan pada 26 Januari lalu, Lim tetap menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada masa yang sama, Lim turut memperkenalkan dirinya sebagai wanita namun keputusan Lembaga Parol dan kenyataan rasmi daripada agensi kerajaan masih kekal menggunakan nama David Lim dan tiada bukti kukuh penukaran namanya.

Dihalau dari New Zealand dan tidak dibenarkan kembali ke sana

Lim dibebaskan dari penjara pada tarikh hukuman terhadapnya tamat pada 1 Jun dan telah dihalau pulang pada 3 Jun lalu selain tidak lagi dibenarkan kembali ke New Zealand.

Pengurus besar pengesahan dan pematuhan Imigresen New Zealand, Richard Owen berkata, pihak kerajaan menanggung kos kepulangan Lim ke Malaysia.

Untuk rekod, Lim dilahirkan di Malaysia dan menjalani latihan perubatan di Scotland sebelum tiba di Hawke’s Bay untuk berkhidmat sebagai doktor pada tahun 2006.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.