
Konten ‘Mukbang’ Di Media Sosial Beri Pengaruh Buruk Pada Pencipta Kandungan & Penonton – Pakar Perubatan
Konten ‘Mukbang’ ini tidak hanya memberi kesan buruk kepada kesihatan secara fizikal tetapi ia juga melibatkan mental serta sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
‘Mukbang’ merupakan sebuah konten yang memaparkan tentang tindakan seseorang pengguna media sosial yang merakamkan video makan dalam kuantiti yang banyak.
Malah, apa yang lebih menarik lagi konten ‘Mukbang’ ini sering kali mendapat perhatian di media sosial terutamanya di saluran seperti YouTube kerana gaya mereka ketika menikmati makanan tersebut kelihatan seperti menyelerakan.
Namun, konten sebegini sebenarnya boleh memberi pengaruh buruk kepada penonton tidak hanya dari segi fizikal sahaja tetapi mental serta sosial.
‘Mukbang’ beri kesan buruk
Menurut pengamal perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan terdapat beberapa kesan buruk sekiranya orang ramai terpengaruh dengan mukbang yang ditonton di media sosial.
“Di klinik, saya sudah lihat banyak kes gastritis, gastroesofageal reflux, bulimia dan sebagainya akibat pengaruh mukbang yang di tonton di media sosial.
“Ada konten ‘mukbang’ yang memberi pengaruh tak elok pada kesihatan, jadi jaga-jaga, jangan mudah terpengaruh,” jelasnya menerusi satu bebenang di Twitter.
terdapat beberapa unsur yang membuatkan ia menjadi mudarat
Menurut Dr Kamarul, konten ‘mukbang’ mula menjadi mudarat kepada pembina konten dan penonton apabila ia mengandungi beberapa unsur seperti:
– Kuantiti terlalu besar.
– Pedas/manis yang ekstrem.
– Makanan tidak sihat.
– Makanan terlarang.
– Cara makan berbahaya.
– Tiada adab makan.
– Tidak menhormati makanan.
Jelasnya lagi, amalan makan sebegini juga boleh mempengaruhi orang ramai serta dapat menjejaskan kesihatan fizikal, mental, mahupun sosial mereka.
Konten mukbang mula jadi mudarat pada pembina konten dan penonton apabila ia mengandungi unsur-unsur:
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) July 30, 2022
■porsi terlalu besar
■pedas/manis ekstrem
■makanan tidak sihat
■makanan terlarang
■cara makan berbahaya
■tiada adab makan
■tidak menghormati makanan
Tabiat atau amalan makan berkait dengan masalah mental
Antara masalah mental yang boleh berlaku jika mengamalkan tabiat makan sebegini adalah ‘binge eating disorder’, blumia (makan kemudian paksa muntah), pica (makan sesuatu yang bukan makanan) serta banyak lagi.
Katanya, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 telah mendapati trend makanan di media sosial (37.9%) dan di televisyen (36.7%) telah mempengaruhi corak makanan remaja yang berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 17 tahun.
"Tinjauan Kesihatan dan Morbitidi Kebangsaan 2017 mendapati trend makanan di medsos (37.9%) dan TV (36.7%) mempengaruhi corak pemakanan remaja (10-17 tahun)"
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) July 30, 2022
Oleh itu, memastikan konten pemakanan di media sosial tidak memudaratkan kesihatan, adalah amat penting untuk masa depan.
Oleh itu, kita perlu memastikan konten pemakanan di media sosial ini tidak memudaratkan kesihatan kerana ia penting di masa hadapan.
Makan juga adalah cara manusia bersosial dan berhibur
“Manusia makan bukan sahaja untuk hidup, malah ia juga cara untuk berhibur dan bersosial. Sebab itu konten ‘mukbang’ popular di media sosial.
“Tidak salah nak buat konten ‘mukbang’, tapi biarlah ada adab dan batas agar ia tidak mendatangkan mudarat,” jelasnya lagi.
Manusia makan bukan sahaja untuk hidup, malah ia juga cara untuk berhibur dan bersosial. Sebab itu konten mukbang popular di medsos.
— Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (@dr_chaku) July 30, 2022
Tidak salah nak buat konten mukbang, tapi biarlah ada adab dan batas, agar tak mendatangkan mudarat.
Kredit foto: Freepik