
“Rezeki Berkat Tu Luas” – Rico Rinaldi Reda Hilang Hampir 10 Pelanggan Selepas Tekad Lakukan Hijrah Kecil
Meskipun sedih dengan ujian yang mendatang, namun ia tetap tidak mematahkan semangat Rico Rinaldi untuk terus berusaha dan istiqomah dengan apa yang dilakukan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nama Rico Rinaldi bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri rekaan fesyen di negara ini, malah hampir setiap pasangan yang berkahwin pasti memasang impian untuk memiliki busana yang direka khas oleh pereka tersebut.
Bukan itu sahaja, Rico juga telah berjaya menghasilkan banyak rekaan baju untuk selebriti-selebriti terkenal yang secara tidak langsung telah mengangkat lagi namanya dalam industri fesyen.
Disebalik kejayaannya dalam rekaan busana yang membuatkan ramai terpesona dengan kecantikannya, Rico Rinaldi baru-baru ini telah membuat keputusan melakukan ‘hijrah kecil’ di dalam rekaannya selepas mendapatkan penjelasan dari pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.
Difahamkan ‘hijrah kecil’ yang dia maksudkan ialah menawarkan rekaan baju yang lebih sopan serta tidak seksi seperti tiada lining yang jarang di bahagian tangan, slit mahupun bareback.
Hampir 10 pelanggan minta wang semula
Namun, sebaik sahaja melakukan keputusan tersebut Rico kemudian diuji apabila kehilangan hampir 10 orang pelanggan yang meminta wang deposit mereka untuk dipulangkan semula.
Jelas pereka fesyen itu, ia merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat dirinya kerana satu baju yang dihasilkan untuk seorang pelanggan boleh mencecah harga RM3500-RM5000 dan itu merupakan yang paling basic bagi persalinan baju nikah.
Menurut Rico sewaktu memaklumkan kepada pengurusnya berkenaan penghijrahan kecil yang ingin dilakukan, hatinya sakit kuat serta yakin. Tetapi tidak menyangka akan ‘hilang’ sekelip mata.
Tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata. Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) August 3, 2022
Percaya rezeki datang dari Allah SWT
Walau bagaimanapun, dia tetap percaya seperti apa yang telah dijelaskan oleh Ustazah Asma’ bahawa rezeki yang berkat itu bukan daripada manusia tetapi Allah SWT.
“Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga. Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Okay kau banyak duit, kemudian kau beli rumah, kereta bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat.
“Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut,” jelas Rico menerusi ciapan di Twitter.
jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan customer tu pun (contoh: saya buat baju seksi awak ni tapi saya taknak
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) August 3, 2022
Minta orang ramai mendoakan serta beri sokongan
Rico bagaimanapun akan tetap berusaha untuk istiqamah dengan apa yang dilakukan serta berharap orang ramai boleh mendoakan serta memberi sokongan buat dirinya.
“Benda ni kita tak tahu kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan pelanggan tu pun sebagai contoh saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya, tapi sebenarnya aku juga yang buat baju,” tulisnya lagi.
Tambahnya lagi, perkara itu akan membuatkan belajar dan secara perlahan pelanggan pasti akan memahaminya.
Rico dalam pada itu turut berkongsikan sebuah video pencerahan penceramah tersebut di dalam Instagram miliknya dan berdoa agar kita semua dapat masuk ke syurga bersama-sama.
Video penjelasan penuh tu ada kat sini :https://t.co/oGtc5Zjw92
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) August 3, 2022
Orang ramai beri kata-kata semangat buat Rico Rinaldi
Perkara itu bagaimanapun telah menarik perhatian orang ramai yang turut memberinya kata-kata semangat serta mendoakannya agar terus kuat dan istiqamah dalam melakukan ‘hijrah kecil’ itu.
Rico, i always replied to your videos on tt sbb you are very likeable & by reading this, i have more respect towards you. Alhamdulillah. Nanti kita dekat ‘sana’, you will ‘see’ pengorbanan you kat dunia ni sebenarnya nothing compared to what you’ll get. This is only temporary 💕
— luo yi tak berpurdah. (@nnxhxzh) August 3, 2022
Rezeki kita Allah mmg dah siapkan dah. Tunggu msa yang tepat rezeki akan jadi milik kita. Kalau Allah dah tetapkan rezeki tu hak kita, kona tang mana pun ia akan sampai ke kita. Yakin dgn rezeki Allah
— your_name (@nur_atiqah94) August 3, 2022
Bila kita dah nekad nak berhijrah, memang ujian datang bertubi-tubi. Itu tanda Allah masih sayang, legalah kita bila tahu Allah masih sayang. Sabar, akan ada kebaikan yang datang selepas ujian Allah 🥰👍🏻
— Rosee (@eimaznl) August 3, 2022