fbpx
Now Reading
Sempat Tengok Anak Perempuan Bernikah, Sebelum Ajal Menjemput [Video]

Sempat Tengok Anak Perempuan Bernikah, Sebelum Ajal Menjemput [Video]

Berdasarkan video tular tersebut, kelihatan ibu wanita itu sedang duduk bersandar di atas katil hospital sambal menyaksikan majlis pernikahan anak perempuannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari pernikahan merupakan hari di mana seseorang itu akan menamatkan zaman bujangnya dan mulakan kehidupan baharu bersama pilihan hati.

Majlis pernikahan yang diadakan tidak semestinya secara besar-besaran mahupun bermewah dengan perhiasan serba mahal, terkadang majlis kecil sudah memadai asalkan ahli keluarga ada di sisi menyaksikan saat-saat bahagia itu.

Keadaan bagaimanapun sedikit berbeza buat seorang wanita di Indonesia ini di mana ibunya sempat menyaksikan hari bahagianya sebelum arwah meninggal dunia.

Majlis pernikahan di wad hospital

Menerusi perkongsian video di laman TikTok akaun @nadiarenaraw, kelihatan majlis pernikahan diantara dirinya dengan suami berlangsung di dalam wad di sebuah hospital di Indonesia.

Berdasarkan video tular tersebut, terlihat ibunya sedang duduk bersandar di atas katil hospital tersebut sambil menyaksikan akad nikah yang sedang dijalankan.

“Akad nikah sebelum mama meninggal,” tulisnya di kaspyen video.

Ibu pengantin perempuan meninggal dunia

Tidak lama selepas itu, ibu pengantin perempuan tersebut pergi menghadap sang pencipta buat selamanya.

Menerusi satu hantaran berasingan di laman TikTok miliknya, kelihatan wanita itu sedang berada di kubur arwah ibunya sambil meletakkan kalung bunga yang dipakainya di atas pusara tersebut.

Arwah seorang yang baik dan tak sombong

Menerusi satu komen oleh seorang pengguna yang mendakwa mengenali ibu wanita itu, dia berkata arwah seorang yang sangat baik dan tidak pernah sombong.

“Semoga ibu Hajah Husnul Khotimah, ibu seorang yang sangat baik yang saya kenal dan tak pernah sombong, syurga tempat mu ibu hajah,” tulisnya di komen.

Video berdurasi 1 minit itu meraih 10.8 juta jumlah tontonan dan 1.3 juta tanda suka, sekaligus mengundang rasa pilu pengguna sosial media yang melihat video tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna sosial media meluahkan rasa sebak mereka melihat video tarbabit serta mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semuanya.

Kredit gambar: TikTok nadiarenaraw

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.