fbpx
Now Reading
“Buat Malu lah”, Tular Kes Gaduh Pelajar Perempuan Di Stadium Kluang [Video]

“Buat Malu lah”, Tular Kes Gaduh Pelajar Perempuan Di Stadium Kluang [Video]

Menerusi rakaman, kelihatan pelajar perempuan bertudung hitam memakai pelitup muka sedang menendang kepala seorang lagi pelajar perempuan yang sedang duduk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Ogos) tular di media sosial satu rakaman yang menunjukkan kejadian buli yang berlaku diantara pelajar perempuan ketika berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSD kali ke-54 di Stadium Taman Kluang Barat, Johor.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook oleh laman Inforoadblock, kelihatan dengan jelas insiden tersebut berlaku di kawasan tempat duduk stadium berkenaan.

Tendang kepala dan muka

Berdasarkan rakaman, seorang pelajar bertudung hitam memakai pelitup muka sedang menendang kepala dan muka seorang lagi pelajar wanita yang sedang duduk.

“Rakam dulu, rakam dulu, buat malu lah, sekolah apa ni?” kedengaran seorang pelajar lelaki yang merakam kejadian itu.

Melalui rakaman yang sama, kelihatan seorang rakan yang cuba melindungi mangsa turut ditendang oleh pelajar bertudung hitam tersebut.

Berjaya dileraikan oleh sekumpulan pelajar lelaki

Tidak lama kemudian, pergaduhan itu berjaya dileraikan apabila sekumpulan pelajar lelaki yang terlihat kejadian itu menghampiri mereka.

Pada masa yang sama, berapa pelajar perempuan yang lainya turut dilihat menarik pelajar bertudung hitam tersebut ke bawah tempat duduk stadium bagi mengelakkan berlaku lagi pergaduhan.

Meninjau di ruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh pengguna media sosial mengenai kejadian itu, malah ada yang menyoal tentang keberadaan guru ketika itu.

Motif kejadian disebabkan rasa tidak puas hati

Menerusi kenyataan media yang baru diterima, Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Abdul Razak berkata, kejadian melibatkan 2 orang pelajar itu adalah bermotifkan rasa tidak puas hati ketika di dalam kelas.

Menurutnya, kes akan disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.