fbpx
Now Reading
Hero Tak Beruniform, Sanggup Panjat Bumbung Selamatkan Mangsa Kebakaran [Video]

Hero Tak Beruniform, Sanggup Panjat Bumbung Selamatkan Mangsa Kebakaran [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan dua individu itu terpaksa memecahkan grill tingkap bagi mengeluarkan dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalam rumah terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berlakunya kebakaran di sesuatu kawasan seperti rumah mahupun kedai, perkara yang akan terlintas difikiran kebanyakan orang adalah menghubungi pihak Bomba.

Perkara tersebut merupakan tindakan yang betul, kerana situasi yang berbahaya seharusnya dikendalikan oleh pihak yang pakar dan juga berpengalaman.

Namun begitu, sesetengah situasi memaksa orang awam bertindak dahulu kerana kelewatan dalam memberikan pertolongan mampu meragut nyawa seseorang.

Begitulah situasi yang digambarkan melalui video yang tular di media sosial apabila tindakan berani dua orang awam menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap menjadi bualan ramai.

Panjat bumbung rumah dan pecahkan jeriji tingkap

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok akaun @babytiggerofficial, kelihatan dua individu berusaha menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap di bahagian tingkat kedua rumah tersebut.

@babytiggerofficial

bukan sekadar Kadar. sekumpulan yang berani . salute salute salute. #onxon #pahlawan #wira #alhamdulillah❤️ #alhamdulillahforeverything

♬ Ya Allah – Wali

“Sekumpulan yang berani, menyelamatkan orang yang terperangkap,” tulisnya di kapsyen video.

Melalui video tersebut, dua orang lelaki terbabit mengambil tindakan memanjat bumbung rumah berkenaan bagi mengeluarkan mangsa melalui tingkap.

Salah seorang terlihat sedang menggunakan alat penukangan rumah untuk memecahkan jeriji di bahagian tingkap.

Mangsa terperangkap dalam kebakaran berjaya dikeluarkan

Setelah jeriji tingkap itu pecah, mangsa terperangkap dalam kebakaran akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat oleh dua individu terbabit.

Dalam pada itu, turut kelihatan beberapa orang awam yang berada di kawasan hadapan rumah terbabit bersiap siaga untuk membantu sambil memegang alat pemadam api.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian dua insan terbabit yang sanggup membahayakan diri demi menyalamatkan nyawa orang lain.

Kredit gambar: TikTok babytiggerofficial

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.