fbpx
Now Reading
Individu Ditangkap ‘Skodeng’ Boleh Dikenakan Penjara 3 Tahun & Denda

Individu Ditangkap ‘Skodeng’ Boleh Dikenakan Penjara 3 Tahun & Denda

Menurut Mas Ermieyati, pindaan RUU itu merupakan komitmen kerajaan dalam memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 bagi membolehkan individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu disiasat dan dikenakan hukuman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap (stalking) atau dalam bahasa mudahnya ‘skodeng’ mungkin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak lama lagi.

Ini selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 (Akta 574) untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, 4 Ogos.

Menurut Mas Ermieyati, pindaan RUU itu merupakan komitmen kerajaan dalam memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 bagi membolehkan individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu disiasat dan dikenakan hukuman.

Apa yang dimaksudkan menghendap?

Menurut laporan Berita Harian yang memetik naskah biru RUU tersebut, antara perbuatan yang dikategorikan sebagai menghendap adalah perbuatan yang menimbulkan kerisauan, takut, atau cemas terhadap keselamatan mangsa. Ini termasuklah :

  • Mengekori
  • Berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dalam sebarang cara
  • Berlegar-legar di kediaman atau tempat kerja seseorang
  • Memberi atau menghantar apa-apa sahaja kepada seseorang dalam sebarang cara

“Sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, mengetahui atau sepatutnya mengetahui perbuatan itu mungkin menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, maka ia sudah sudah melakukan kesalahan menghendap.

“Mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap akan dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” tulis pada naskah biru itu.

Di bawah seksyen 507A juga, terma ‘berulang kali’ itu merujuk kepada perbuatan sama yang dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dalam masa sama turut membentangkan bacaan pindaan RUU 593 bagi kali pertama untuk memasukkan bab baharu XA ke dalam Akta 593.

Pindaan ini bagi memberikan mahkamah kuasa, atas permohonan, untuk mengeluarkan perintah perlindungan terhadap individu sedang disiasat atau dituduh dengan kesalahan menghendap di bawah seksyen baharu 507A Kanun Keseksaan.

Sebagai info, usaha untuk menjadikan perbuatan ini satu jenayah sudah giat dijalankan sejak 2019 dengan penubuhan Jawatankuasa Anti-Stalking yang dianggotai Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), ahli akademik selain penglibatan agensi-agensi kerajaan lain dan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organisation (WAO).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.